20 September, 2024

Other Coffee Approved

Other Coffee Approved | Pagi ni nieyl terasa nak minum coffee, tapi coffee cup nieyl tak sampai lagi jadinya Kak emmy bagi nieyl satu sachet coffee yang dia tengah minum sekarang ni, coffee ni sama dengan coffee yang mak nieyl minum . Mak nieyl minum untuk kawal kencing manis dia, so nieyl tak pernah nak try minum pun sebab sangat pricey. 

So, pagi ni nieyl bancuh dan minum. Serius bau aroma coffee dia sama dengan bau richman coffee nieyl tu sebab dia gunakan 100% arabica bean. Kalau korang pergi Zus ke TheNoor ke nieyl tak ingat tapi  dia ada bagi kita pilihan nak arabica or coffee biasa. Arabica ni rasa dan coffee dia memang strong tapi sedappp...hehehe..

Berbalik dengan  NOGULA CAFFEE , ia menggunakan SUKROSA dan SUKRALOSA dimana guna tanpa pemanis, tanpa tenaga . Sesuai untuk yang tengah diet tapi teringin nak minum coffee dan yang ada kencing manis pun sesuai.. Mak nieyl dia minum dah lama tak dalam 2 ke 3 tahun, Alhamdulillah bacaan gula normal untuk orang yang ada kencing manis, tak tinggi makin rendah..

Tapi harga dia mahal kalau tak silap nieyl dekat-dekat Rm200 kalau time promo dia murah sikit. Kakak nieyl cakap dia selalu beli untuk mak nieyl time offer..dapatlah jimat sikit...

Siapa pernah nampak or try coffee ni?

 

6 comments:

  1. Tak pernah try n nampak pulak lagi... Sebab nya, linda pun sejenis yang tak suka 3 in 1 sangat... Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar lagi pasal produk ni. Cie sekarang minum kat rumah Revitalife Coffee Personal Collection memang sedap.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah akak nampak lagi...dah google memang mahal harganya...serammm

    ReplyDelete
  4. Tak pernah nampak. Nak cari jugak lah.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tahu kewujudannya. Harga dia pun sedap tu. 😅

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)