19 September, 2024

Pergi Wedding Sedara

 

Pergi Wedding Sedara | Late post wedding ni 31 Ogos hari tu, nieyl pergi dengan kakak-kakak nieyl bawa mak sekali. Kiteorang pergi pun masa tu pengantin belum sampai lagi, jadi lepas makan-makan, sembang-sembang dengan sedara mara tu kiteorang pun nak beransur , nak pergi salam tuan rumah. Sementara menunggu mak nieyl sembang lagi tu nieyl tunggu dekat depan rumah pengantin. Cantik kan dia hias ala-ala kampung betul.

Goodies nieyl dapat bunga telur dan pop corn caremel. Simple macam ni pun dah ok sangat untuk dijadikan goodies wedding kan, sedap pun sedap pop corn dia. 

Gambar kenangan bersama mak dan 2 orang kakak nieyl. Yang ini kakak nieyl satu mak satu ayah. Perempuan tinggal kiteorang bertiga je, so nieyl yang paling bongsu. 


Selalu bunga manggar kenduri kahwin yang biasa kita tengok yang bulu-bulu plastik tu kan. Tapi yang ni unik tau, dia guna gula-gula. Mula-mula kalau dari jauh tu tak nampak pun gula-gula macam pokok padi kan..

Zoom sikit..

Rupanya gula-gula kreatif betul, disebabkan dia guna gula orang datang ambil satu-satu tangkai pokok manggar tu, sampai botak hahaha..

9 comments:

  1. tak dapat tengok gambo pengantinnya nieyl.

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai 🌹
    Bride tu sama nama dgn my niece la :D
    Ala, uniknya bunga manggar tu. Gula² tu pun nampak macam gula² dulu²...
    Mak Nieyl nnampak sihat, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. cantiknya props bergambar tu Nieyl , bestnya bunga manggar gula-gula tu sangat unik dan kreatif :)

    ReplyDelete
  4. Ihhh JD ingin popcorn 😍😍😄. Dah lama juga tak makan.

    Kreatif lah pakai candies. Anak2' pasti senang ini ada gula2 free 😄

    ReplyDelete
  5. Kreatif betul tu bunga manggar gula2. Tak pernah nampak lagi ni.

    ReplyDelete
  6. Unik bunga manggar ni. Lepas kenduri, kanak2 kendurikan bunga manggar ni pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)