23 September, 2024

Prepare Pertukaran Hadiah

 

Prepare Pertukaran Hadiah | Beberapa hari sebelum pergi family day hari tu, satu malam settelkan hadiah-hadiah untuk pertukaran hadiah. Total ada 43 orang jadinya akan ada 43 kotak hadiah. Semua akan hantar hadiah pada nieyl dengan kak ipar nieyl untuk kitaorang balut serta mengelirukan semua orang dengan kotak-kotak besar hihihihi..

Untuk tahun ni pertukaran hadiah berharga RM10 dan ke atas. Alhamdulillah semua memberikan kerjasama yang baik. Dan memudahkan lagi kerja-kerja pembungkusan.


Setiap hadiah nieyl letakkan nombor secara random. Yang besar ke yang kecil ke nieyl main letak je nombor-nombor tu dengan harapan, tak adalah orang dapat hadiah sendiri. InsyaÁllah..



2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)