Showing posts with label Untung Jadi Anak Buah saya. Show all posts
Showing posts with label Untung Jadi Anak Buah saya. Show all posts

04 February, 2025

Dessert Table by Nieyl

by on February 04, 2025

Dessert Table by Nieyl | Sekarang kan kalau kita pergi wedding ke majlis-majlis ni, ada dessert table kan, so untuk majlis tunang anak buah nieyl ni dia request nak juga dessert table. Budak ni dia main request je makcik dia la ke sana ke sini menguruskan. Untuk table dan bekas-bekas semua tu, kitaorang sewa je dalam RM100. 


Untuk kuih-muih, dessert nieyl yang uruskan cari sponsorship dari ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah ramai yang sponsor kuih muih mengikut pilihan nieyl. Ada juga yang nieyl order dari luar dan ada juga yang nieyl buat sendiri tau hehehe. 

Konsep nieyl adalah moden dan kuih kampong. Antara kuih muih yang adalah karipap ( sardin/kentang/keledek), donat, kuih keria, kuih seri muka, kuih kole kacang, kuih lapis,  kek marble, kek oren, brownies, cheese tart dan puding dadih (fruit) yang warna warni tu, yang tu nieyl buat tau hehehe..dan ada juga jelly kelapa. 

Dari segi susunan semua nieyl susun sendiri mengikut citarasa nieyl, korang tengok cantik tak susunan tu?

Nieyl juga ada sediakan jajan untuk anak-anak yang datang. Ada lolipop dan juga coklat warna warni yang nieyl dah buat cantik-cantik. Alhamdulillah semua makanan habis dan lega semuanya cukup.

Sekarang dah mula cari idea untuk gubahan hantaran nikah pula...
 

03 February, 2025

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl

by on February 03, 2025

 

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl | Hari yang dinanti telah tiba, hampir sebulan lebih membuat preparation, akhirnya terlaksana dengan baik. Walaupun tak segembira yang diharapkan sebab sehari sebelum majlis, mak nieyl kena warded dekat hospital Putrajaya. Tapi Alhamdulillah hari kedua mak warded tu nampak better dari hari sebelum tu, dan ada adik tiri nieyl dia nak jaga mak malam jadi nieyl lega sikit ada orang jaga , sambil tu nieyl pulun siapkan hantaran-hantaran untuk kali terakhir. 

Cantik tak pelamin pilihan nieyl?hihihi..macam nieyl pula nak tunang. Anak buah nieyl ni boleh dikatakan 95% memang dia akan tanya nieyl dan rata-rata memang semua pilihan nieyl. Cuma butterfly tu je kita minta mereka add on sebab anak buah nieyl nak sangat ada butterfly.

Anak buah nieyl, anak sulung dan tunang dia pun anak sulung juga. So, keluarga masing-masing excited jadi, rombongan lelaki siap ada dulang boys lagi. Belah perempuan, nikah nanti insyaÁllah baru ada dulang girls sebab plan nikah luar.

Bakal mertua anak buah nieyl. Actually, anak buah nieyl ni dia punya jodoh dekat je dalam kampung yang sama, dan mak ayah mertua dia memang kenal nieyl dan family. Dia ikut jejak nieyl kahwin dengan orang dekat-dekat. 

Welcome board pun dia ambil juga, haihs budak bertuah ni dia kata dah alang-alang. Tak apalah kita layankan je kehendak dia sebab hari dia kan. Ramai yang puji cantik

Cermin ni pun sibuknya dia nak beli juga, sanggup tu pergi ke Lukut pergi ambil benda ala ni. Benda ni cermin dan stand je, bunga tu nieyl beli siap yang jenis boleh adjust ikut arah mana yang kita suka. Korang nak tengok tak gubahan hantaran yang nieyl buat tu?hihihi...simple-simple je nieyl buat, semua beli dekat Nilai hari tu. 


Hantaran total 11 sebab lelaki beri 9. Tema lelaki dark blue dan belah perempuan kita pilih purple + white untuk bertunang. Cantik tak korang?hihihi..inilah hasil gubahan hantaran dari nieyl untuk anak buah kesayangan. InsyaÁllah peracangan bulan 7 ni nikah, lepas raya masing-masing dah sibuk fikir untuk majlis nikah dengan kahwin pula. Doakan semoga dalam tempoh bertunang ni baik-baik sahaja hingga ke majlis nikah nanti..Aminn









19 September, 2024

Sesekali Belanja Anak-Anak Fruit

by on September 19, 2024

Sesekali Belanja Anak-Anak Fruit | Kalau nak dikirakan anak buah nieyl ni ramai sesangat , dah masuk puluh-puluh dah dan yang paling tua sekali umur dah 32 Tahun. Tapi 2 orang anak buah nieyl yang dalam gambar ni yang very close dengan nieyl since kecil lagi bila dah besar ni pun close lagi. Hari tu nieyl nak pergi watsons weekend kebetulan si kakak ni cuti , so kita ajaklah dia teman pergi cari barang lepas tu si adik pun nak ikut juga. Jadi pergi lah kita bertiga ni konon nak pergi cari barang dekat watsons last-last pergi makan dekat kedai Kor.B makanan korea. 

Kalau ikutkan budak berdua ni memang hantu makanan korea. Kalau ikut ni tak cukup ni untuk dieorang ni, nieyl ambil 2 bekas je sebab time tu tak rasa nak makan makanan korea pun. So, nieyl layankan jela budak dua orang ni.. Disebabkan barang yang nieyl nak cari tu tak ada dekat watsons situ, nieyl bergerak terus ke Tamarind Square.

Hampa juga barang tu pun tak ada dekat watsons situ, jadinya nieyl order online je hahaha.. Sebelum balik tu singgah TheNoor Cafe sebab tekak nak makan cake sedap dan coffree.

Cake dekat TheNoor belum pernah mengecewakan nieyl, sangat sedap dan tak manis yang penting. Dah umur-umur menuju ke 40 series ni manis-manis kena kurangkan. hehehe.. 

On the way nak pergi ke Parking kereta tu, ternampak ada satu dewan wedding yang cantik sangat, anak buah nieyl yang sorang ni insyaÁllah kalau tak ada apa-apa halangan perancangan nak tunang hujung tahun, nikah tahun depan. Itu yang dia tengok-tengok juga dewan tu. 


**nieyl tak boleh nak update lagi gambar family day sebab gambar2 masih dalam proses pengumpulan 







 

01 June, 2017

Untung Jadi Anak Buah saya

by on June 01, 2017
Untung Jadi Anak Buah saya | Itulah orang kata bila belum ada rezeki ni, segalanya untuk orang sekeliling...siapa lagi yang lebih bertuah kalau bukan anak-anak buah nieyl. Kalau belah nieyl ramai yang dah besar-besar, so..kalau belah en.husband masih kecil-kecil, baru nak membesar. Adam baru 1 tahun 9 bulan dan Ellsa pula baru 4 bulan lebih. So,kalau pergi mana-mana terutamanya kalau pergi holiday mesti akan beli something untuk dieorang. 

Kalau nak beli makanan, tak berapa pandai sangat pula Ellsa nak makan, so kita bagi adil nieyl belikan dieorang baju. Kalau nak tahu, masa pergi shopping dekat Melaka Outlet hari tu..plan nak belikan baju dieorang yang sama tapi merata masuk kedai baju kanak-kanak tak ada..2x masuk kedai yang sama..hihihi...

Last-last dapat juga lah baju seorang sehelai..walaupun tak sama x apa lah..next time beli lagi ya...Ha..cepat siapa yang nak kasi anak dia jadi anak angkat nieyl..meh register..hihihih