03 February, 2025

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl

 

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl | Hari yang dinanti telah tiba, hampir sebulan lebih membuat preparation, akhirnya terlaksana dengan baik. Walaupun tak segembira yang diharapkan sebab sehari sebelum majlis, mak nieyl kena warded dekat hospital Putrajaya. Tapi Alhamdulillah hari kedua mak warded tu nampak better dari hari sebelum tu, dan ada adik tiri nieyl dia nak jaga mak malam jadi nieyl lega sikit ada orang jaga , sambil tu nieyl pulun siapkan hantaran-hantaran untuk kali terakhir. 

Cantik tak pelamin pilihan nieyl?hihihi..macam nieyl pula nak tunang. Anak buah nieyl ni boleh dikatakan 95% memang dia akan tanya nieyl dan rata-rata memang semua pilihan nieyl. Cuma butterfly tu je kita minta mereka add on sebab anak buah nieyl nak sangat ada butterfly.

Anak buah nieyl, anak sulung dan tunang dia pun anak sulung juga. So, keluarga masing-masing excited jadi, rombongan lelaki siap ada dulang boys lagi. Belah perempuan, nikah nanti insyaÁllah baru ada dulang girls sebab plan nikah luar.

Bakal mertua anak buah nieyl. Actually, anak buah nieyl ni dia punya jodoh dekat je dalam kampung yang sama, dan mak ayah mertua dia memang kenal nieyl dan family. Dia ikut jejak nieyl kahwin dengan orang dekat-dekat. 

Welcome board pun dia ambil juga, haihs budak bertuah ni dia kata dah alang-alang. Tak apalah kita layankan je kehendak dia sebab hari dia kan. Ramai yang puji cantik

Cermin ni pun sibuknya dia nak beli juga, sanggup tu pergi ke Lukut pergi ambil benda ala ni. Benda ni cermin dan stand je, bunga tu nieyl beli siap yang jenis boleh adjust ikut arah mana yang kita suka. Korang nak tengok tak gubahan hantaran yang nieyl buat tu?hihihi...simple-simple je nieyl buat, semua beli dekat Nilai hari tu. 


Hantaran total 11 sebab lelaki beri 9. Tema lelaki dark blue dan belah perempuan kita pilih purple + white untuk bertunang. Cantik tak korang?hihihi..inilah hasil gubahan hantaran dari nieyl untuk anak buah kesayangan. InsyaÁllah peracangan bulan 7 ni nikah, lepas raya masing-masing dah sibuk fikir untuk majlis nikah dengan kahwin pula. Doakan semoga dalam tempoh bertunang ni baik-baik sahaja hingga ke majlis nikah nanti..Aminn









11 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan. Cantik, simple, sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya anak buah Nieyl...hantaran hasil kerja tangan Nieyl pun cantik sangat...Selamat Bertunang, lepas ni focus next step plak

    ReplyDelete
  3. Cantik la bunga yang nieyl gubah. Pelamin pun cantik, semua pun cantik dan sweet je.

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya dipermudahkan untuk hari mendatang.. Aamin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Selamat dah jd tunangan org.. Butterfly tu lawa...
    Hantran nieyl gubah pon cantik

    ReplyDelete
  6. Congratz. cantik la warna purple lilac ni..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya gubahan hantaran tema purple white tu..dah boleh ambik job buat gubahan awak ni..simple but very nice...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah utk anak buah Nieyl. Semoga dipermudahkan urusan utk ke jinjang pelamin ye...
    Cantik, mmg berseni tangan Nieyl 🫣

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat pasangan yang diraikan
    Semoga kekal jodoh berpanjangan

    ReplyDelete
  10. Dah macam majlis akad nikah dah Nieyll siap ada cermin dan welcoming board hehe. Cantik semua hantaran Nieyl gubah. Memang tangan berseni sungguh. Tahniah anak buah Nieyl!

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..meriah. cantik & sweet sgt pelamin nya..
    hantaran pun..simple but cantiks..
    kawin nanti mesti lagi meriah ni.. in sya Allah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)