04 February, 2025

Dessert Table by Nieyl

Dessert Table by Nieyl | Sekarang kan kalau kita pergi wedding ke majlis-majlis ni, ada dessert table kan, so untuk majlis tunang anak buah nieyl ni dia request nak juga dessert table. Budak ni dia main request je makcik dia la ke sana ke sini menguruskan. Untuk table dan bekas-bekas semua tu, kitaorang sewa je dalam RM100. 


Untuk kuih-muih, dessert nieyl yang uruskan cari sponsorship dari ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah ramai yang sponsor kuih muih mengikut pilihan nieyl. Ada juga yang nieyl order dari luar dan ada juga yang nieyl buat sendiri tau hehehe. 

Konsep nieyl adalah moden dan kuih kampong. Antara kuih muih yang adalah karipap ( sardin/kentang/keledek), donat, kuih keria, kuih seri muka, kuih kole kacang, kuih lapis,  kek marble, kek oren, brownies, cheese tart dan puding dadih (fruit) yang warna warni tu, yang tu nieyl buat tau hehehe..dan ada juga jelly kelapa. 

Dari segi susunan semua nieyl susun sendiri mengikut citarasa nieyl, korang tengok cantik tak susunan tu?

Nieyl juga ada sediakan jajan untuk anak-anak yang datang. Ada lolipop dan juga coklat warna warni yang nieyl dah buat cantik-cantik. Alhamdulillah semua makanan habis dan lega semuanya cukup.

Sekarang dah mula cari idea untuk gubahan hantaran nikah pula...
 

4 comments:

  1. Cantik dan menarik sangat Nieyl 👏🏽
    Jadi tambah berselera tengok kuih-muih bila dihidang gini.

    ReplyDelete
  2. Terbaik lah.. Aunty dia serba boleh..

    ReplyDelete
  3. Okeh..boleh tempah Nieyl la kalau Dania nak kawin 6 tahun lagi...menarik sangat ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)