Family Tournament Bowling 2025 | Siapa ingat lagi nieyl pernah sembang tentang tournament bowling yang nieyl nak buat tu?Alhamdulillah apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar dan baik. Pagi kita dah pergi raya cina, petang kita berkumpul untuk berentap menebus kekalahan tahun 2024.
Kali ini nieyl memilih Dreamtel Sport untuk buat tournament bowling di sini. Salah satu sebabnya adalah murah, senang parking dan kemudahan yang baik. Selain itu, kalau kita buat tournament bowling teutamanya kita boleh minta staff masukkan nama group siap-siap dan juga bila dah habis game mereka boleh terus keluarkan result keseluruhan, jadi kita tak perlu nak fikir dah. Mereka buat untuk kita..i love!
Nieyl booking 8 lane hari tu, 6 lane untuk tournament dan 2 lane untuk anak-anak main juga supaya mereka tak boring. Takkan kita dewasa je yang nak seronok kan. Nieyl seronok tengok budak-budak dapat lain juga.
Ada 6 group setiap group ada 4 pemain. Semua pemain adalah dipilih melalui undian jadi tiada siapa pun boleh bantah. Setiap group memberikan support yang sangat baik mengikut warna-warna group yang mereka pilih. Tahun sebelum ni nieyl team girls (pink) so, this year cabut undi dapat team 2.. So, kitaorang pilih baju Running yang kitaorang ada. hehehe..
Tahun ni nieyl sediakan piala untuk para pemenang tau, kita upgrade sikitlah dari tahun lepas. Untuk juara, naik juara dan tempat ke-3 nieyl sediakan piala bowling yang cute ni.
Untuk tempat ke-4, ke-5 dan ke-6 nieyl sediakan plaque yang cantik juga untuk para pemenang. cute kan?
Alhamdulillah dengan bajet yang ada, tahun ni nieyl dapat sediakan piala pusingan untuk king dan Queen Bowler. Dan tahun ini ada bajet lebih kita beri semua hamper setiap group dan juga hadiah wang tunai untuk pemain terbaik king dan Queen.
Korang rasa team mana yang juara tournament tahun ni?Lupa cakap nieyl main 2 frame untuk tournament ni. Baru ada fight kan, so cepat..team mana??
We're Champion 2025
Sungguh tidak disangkakan betul yang team nieyl menang keseluruhan. Tak letak harapan pun dapat juara sebabnya tahun lepas nieyl dapat no.3. Dan yang lagi rasa mustahilnya, team yang nieyl join ni adalah team tercorot tahun lepas. Tapi nak dijadikan rezeki kan, Alhamdulillah..bangga dapat bantu tebus maruah kekalahan tahun lepas team ni.
Seronok sangat bila semua orang happy dapat hadiah, dapat berkumpul ramai-ramai dan insyaÁllah acara ini akan menjadi acara tahunan family nieyl. Lepas ni fokus Ramadhan dan Raya kemudian nieyl kena fokus wedding anak buah nieyl pula bulan 7 ni..semoga dipermudahkan semua urusan Amin...
Bagusnya buat aktiviti macam ni. Hadiah pun kemain ye, mcm tournament besar. Terbaiklah Nieyl 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDelete