28 February, 2025

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe | Lepas check in hotel, solat dan berehat sekejap pukul4 kitaorang keluar ke Pantai , niat di hati ni nak bawa family nieyl tengok sunset dekat situ. Sebab sunset dekat sini memang cantik, masa nieyl pergi tahun lepas memang rezeki dapat rekod dan dapat tengok sunset. 

Untuk kali ini kita hanya merancangan tetapi Allah yang menentukan. Cuaca di JB hari tu sangat-sangat tidak cerah ya, dia hujan sekejap, mendung, gerimis. Jadi, memang tak nampak matahari pun timbul. Tapi bersangka baik, mungkin kejap-kejap lagi kot, sambil tu kiteorang order makanan..jom tengok 

Onion Ring tak tahulah dia pakai tepung apa, kejadian dia sangat cantik

Yang ni kiterang beli set semua benda ada dalam satu talam senang nak makan. 

Ayam goreng padu dan sedap, actually ayam dia besar tau, puas gak la makan..

Makan rojak buah sambil santai tengok laut

Nieyl kalau tak bergambar tak sahkan, wajiblah dah sampai negeri orang ni kan, bukan senang nak pergi. Lagipun nieyl suka pemandangan pantai yang sangat tenang. 

Anak buah nieyl paksa ambil gambar dengan sotong tak ada kepala ni hahaha..nasib baik cantik nampak pemandangan pantai tu kan.

Lepas bergambar, kitaorang decide untuk balik hotel, berehat dan kita akan keluar makan malam pukul9 sebab kita dah booking restoran pukul9 malam..Nak tahu ke mana nieyl pergi makan, next entry nieyl share okayyy...

6 comments:

  1. onion ring dia menggoda lah! ehhh sotong takde kepala! hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak ayam goreng dengan sotong celup tepung tu

    ReplyDelete
  3. Tak perasan pun tu kaki sotong haha...
    Makan goreng² ratah² gini tepi pantai mmg layannnn kan Nieyl :D

    ReplyDelete
  4. Paling suka saya kalo ke pantai lalu ada yg jual rujak buah 😍😍😍👍. Mantaap memang kak. Itu macam pantai dj daerah Aceh dan Ambon . mereka selalunya jual rujak tak hanya seafood

    ReplyDelete
  5. Kat sini la akak blom sempat sampai lagi...suami org JB pun x tau wujudnya tempat ni...makanan tu nampak sedap betul la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)