Pergi Raya Sempena CNY 2025 | Kalau ada yang tak tahu, mak nieyl keturun cina masuk islam. Jadi ikatan kekeluargaan dengan family cina masih lagi ada. Jadi, dah kecil lagi setiap kali tahun baru cina kita akan pergi ke rumah family cina untuk beraya. Kalau pergi tu sebolehnya kitaorang akan pakai baju warna merah untuk naikkan lagi semangat raya cina tu. Tengoklah tahun ni rayhana pertama kali beraya pakai baju sedondon merah.
Dalam adik beradik nieyl ada 3 orang yang fasih berbahasa Cina. Yang paling fasih adalah kakak nieyl yang pakai tudung pink tu. Dieorang kalau bersembang kebanyakkannya menggunakan bahasa cina. Kita yang tak faham ni, memang buat hal sendiri sambil makan kuih raya dan makanan yang disediakan. Dari segi makanan pula, setiap tahun dieorang akan tempah makanan daripada melayu untuk kita makan. Air pula disediakan air kotak sahaja dan kuih muih semua orang melayu buat.
Sebelum balik tu, seperti biasa uncle akan serahkan angpaw raya. Tak kisah besar ke kecik ke semua orang dapat , cuma nilai je tak sama hehehe..
Ini sebahagian keluarga nieyl yang join beraya tahun ini. Tahun depan kalau ada rezeki kita akan pergi raya lagi ya..InsyaÁllah..
Wahhh...meriah...best tgk =)
ReplyDelete