14 February, 2025

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan | Diri kita ni hanya kita sahaja yang tahu tahap boleh dan tidak bolehnya kita nak lakukan sesuatu tu. Faham tak? Contoh macam nieyl, nieyl tak mampu berenang ataupun masukkan kepala dalam air. Kalau ada aktiviti snorking ke ataupun berenang ke, nieyl memang tak mampu nak buat.

Sebab setiap kali nieyl cuba untuk masukkan kepala dalam air, nieyl akan rasa seperti orang lemas. Rasa tercungap-cungap dan tak boleh nak bernafas. Dulu nieyl lah paling suka kalau dapat mandi laut tau, sebab zaman kecil dulu ayah nieyl suka bawa kami pergi berkelah dekat pantai PD tu. Satu hari tu nieyl duduk atas pelampung, masuk punggung tu, kaki tergantung. Bila nieyl nak turun, nieyl minta tolong ayah nieyl, nak tahu tak apa ayah nieyl buat? dia tolak , terbalik nieyl dalam air membuatkan nieyl terkejut dan cepat-cepat cuba naikkan kepala cari udara. 

ha..sejak itulah nieyl tak mampu nak tenggelamkan kepala nieyl dalam air. Walaupun mandi air pancut dekat rumah, nieyl tak boleh biarkan air tu lama-lama kena dekat muka nieyl sebab nanti dia automatik terasa tercungap. Jadi, benda ni sampailah ke hari ini ..nieyl masih belum boleh atasi masalah nieyl ni. 

Dan yang keduanya adalah tak boleh drive laju menggunakan laluan kanan atas higway. Sebab masa nieyl umur 20 tahun ( masih sekolah form 6 ) nieyl terlibat dengan  kemalanagan jalan raya. Masa tu adik nieyl yang bawa motor, nieyl duduk belakang dan time tu dia betulkan sesuatu dalam bakul motor dan tak pandang depan terus terlanggar divider jalan yang besi tu dan nieyl alami patah tangan kanan dan juga daging terkoyak terkena besi divider tu..

Ha..sejak itu la nieyl takuuuutt sangat kalau bawa laju ikut lane kanan tu.  Korang ada tak pengalaman macam nieyl?apa yang korang trauma?share laa..



 

8 comments:

  1. Sama macam Cuya...rasa macam fobia atau trauma sebab dulu susah nak bernafas bila muka masuk air,,jadi cemas tiap kali dengar air lagi2 kalau air tu dalam

    ReplyDelete
  2. ehhh Nieyl mcm tergantung ceritanya.. tp Ana pun sama jugak mmg tak boleh menyelam atau apa-apa saja aktiviti air mcm water confident yg jenis kena selam kepala dlm air sbb masa umur 5 tahun dulu pernah lemas jatuh parit kat kampung nenek..

    ReplyDelete
  3. Eh postingan ini terputus tengah jalan kah kak? Nampak belum selesai?

    Tapi saya paham yg kakak rasakan. Trauma, yg berubah JD phobia. At least kita tahu di mana kekurangan kita, JD tak payah paksa nak buat.

    Drpd berbahaya ke diri sendiri kan.

    Kita sama soal wisata air. Sampai skr saya tak tertarik main snorkeling, diving atau yg relates dengan air laut, danau, tak suka. Kecuali masih dangkal, saya oke. Tp kalo dah lebih dari tinggi badan, tak akan saya masuk. Sebab takuuut sangat. Merasa kalo di air ada Macam2 yg akan telan. JD langsung panik.

    ReplyDelete
  4. Saya tak boleh kalau tempat terlalu sempit nanti rasa mcm dada sempit susah nak nafas..

    ReplyDelete
  5. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
  6. Kak SA pun sama ngan Nieyl, sangat takut bila berada dalam air..dulu suka main kayak sekali kawan terbalikkan kayak dan kaki akak tersangkut..hampir2 lemas sejak tu trauma

    ReplyDelete
  7. boleh kena panick attack macam nie...
    tapi kan, kenapa cerita nya macam tak habis je..

    ReplyDelete
  8. kak ayu pun...lebih kurang sama kot, dulu suka je mandi manda ni..dah naik umur ni memang kurang sgt..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)