14 February, 2025

Ke Janda Baik Kita

 

Ke Janda Baik Kita | Minggu lepas nieyl ke Janda Baik. Actually bukanlah plan sangat pun nak pergi ke sana tu. Pada asalnya kita sembang-sembang kosong je, lepas tu anak buah nieyl sembang yang ayah mertua dia ada chalet dan kedai makan dekat Janda Baik tu. Lepas tu tiba-tiba je cakap jom la pergi jalan-jalan Janda Baik. Tup- tup sabtu lepas zohor kita bergerak ke Janda Baik .

Kitaorang pergi hari sabtu 8 orang bawa 2 hilux. Kalau tengok maps perjalanan dalam 2 jam macam tu, sepanjang jalan nieyl menikmati pemandangan awan yang sangat cantik hari tu. Jem biasalah dekat tol gombak tu sikit dan nak ke genting sempah. 

Dalam pukul5.30 tu kita dah masuk sempadan Pahang dah, masuk terowong..Dulu kalau pergi pahang, paling di nantikan adalah masuk terowong ni. Dan besar ni pun sama juga hihihi. 

Tepat jam 6.00 petang sampailah kita di Nun Chalet , Pulauu Santap, Janda Baik. Actually chalet ni ada 2 buah je tapi sungguh selesa dan depan dia je sungai. 
Berkonsepkan bilik Studio , ada satu katil Queen ..
Ada coffee table , cermin, kettle untuk buat air panas.
Ada smart tv dan aircond juga jangan risau korang tak kepanasan pun.
Ini keadaan bilik air dia, bersih

Untuk nieyl bilik ni boleh tidur 4 orang dewasa. Macam nieyl 2 orang tidur atas katil dan 2 orang lagi tidur bawah beralaskan toto. Yang ni korang bawalah sendiri punya toto bantal ya.

Dari Chalet tu jalan depan sikit je dalam 20 langkah, dah sampai sungai dah. Air sungai dia sejuk dan deras sikit, kalau naik pelampung duduk atas tu, dari atas dibawa arus ke bawah best..Nieyl tak cuba tapi anak-anak buah nieyl la yang cuba..nieyl takut nieyl yang tersangkut hahaha..

Kalau kita sewa chalet , automatik kita akan dapat 1 tempat BBQ dan pondok santai ni. Betul-betul tepi sungai tau. Memang best kalau nak berkelah, BBQ 

Sungai dia tak dalam pun, cetek je tapi air laju best. Nieyl tak mandi pun, lepak-lepak je dalam air , duduk atas batu sambil sembang2 dengan anak-anak buah.. kalau korang nak tahu, keliling nieyl tu semua anak buah nieyl kecuali yang depan sekali baju hitam tu abg ipar nieyl .

Pagi ahad tu sebelum turun ke sungai, kita makan nasi lemak dulu. Nama pun berkelah kan, jadi haruslah angkut perkakas dapur hahaha. Actually kan sambal nasi lemak nieyl dah masak siap-siap dari rumah tapi sayanggg boleh pula tertinggal, kau rasaaaa..jenuhlah pergi cari kedai runcit cari chili boh bagai sebab nak masak sambal. Nasib baik juga lah anak buah nieyl ada bawa pot elektrik mini dia tu so boleh la menumis bagai dalam periuk mini tu hahaha. Tak apa la jangan di kenang barang yang lepas, yang penting sambal nasi lemak nieyl sedap hahahaa.

Bila dah berendam dalam sungai sejuk tu, masing-masing kelaparan , apa lagi nieyl masak meggi udang untuk semua. Gigih ya pergi pasar pagi sebelum breakfast nak cari udang punya pasal. Apa-apa pun memang layan meggi kari udang panas-panas..

Kalau ikutkan pukul12 dah check out dah tapi kitaorang minta lewat sikit check out sebab nak kemas-kemas, mandi, solat dulu baru check out. Nasib baik chalet pak mertua anak buah, kalau tak pukul12 dah check out dah ni hihihi..

Sebelum keluar dari Janda baik ni, kitaorang nak pergi lunch dekat kedai umi anak buah nieyl tu. Ha..memang datang sini semata-mata nak makan dekat kedai dia..next entry okay nieyl share..

5 comments:

  1. bestnya mandi sungai. nanti nak pi la holiday kat situ.

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Bestnya...Sy baru sekali pegi kesini..Seronok jgk =D

    ReplyDelete
  3. seronoknya. sejuk berendam dlm air terjun..

    ReplyDelete
  4. Bestnya berendam, nak² cuaca panas membahang ni!
    Aduh megi tu, siap dgn udang noh. Confirm licin tu 😋

    ReplyDelete
  5. wahhhh sipbaik ada pot elektrik mini jd penyelamat utk buat sambal ye hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)