21 February, 2025

Sambal Telur Puyuh Campur

Sambal Telur Puyuh Campur | Weekend baru ni nieyl pergi pasar nak beli telur ayam lepas tu ternampak telur burung puyuh ni. Nieyl suka makan tapi kadang-kadang kebuntuan nak masak apa telur comel ni. Kebetulan lalu fyp dekat Tiktok nieyl sambal telur puyuh ni kan, terus balik pasar nieyl masak. 


Bahan-Bahan
  1. Telur Puyuh ( rebus dan kopek kulit)
  2. Ikan bilis ( digoreng garing, ketepikan)
  3. Kacang panjang ( digoreng sekejap, ketepikan)
  4. Cili besar merah ( dikisar)
  5. Bawang Besar (dikisar)
  6. Bawang putih ( dikisar)
  7. Cili kering ( dah dikisar)
  8. garam
  9. Gula

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan dikisar
  2. Tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan garam, gula secukup rasa
  4. Masukkan telur, kacau-kacau, tutup api
  5. Masukkan kacang panjang dan last skali ikan bilis rangup..gaul sebati dan siap!

Selamat Mencubaa!



 

5 comments:

  1. Sedapnyaaaaa....nanti nak buat la....akak pun suka telur puyuh

    ReplyDelete
  2. Telur puyuh ni kalau beli akan akan masak sambal tumis sahaja. Itulah yang paling sedap.

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan.. Cuya suka sambal gini

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..Tp sy kena control kolestrol plk =(

    ReplyDelete
  5. 2 in 1 gitu...x yah fikir nak masak lauk ngan sayur asing2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)