Stay dekat Kluang Container Hotel | Hari jumaat lepas, pukul8 lebih tu nieyl dan family bergerak ke Kluang Johor dengan menaiki satu kereta sahaja. Kali ni nieyl pergi dalam 7 orang, nieyl naik kereta vellfire tu yang boleh sumbat 7 orang tu.
Nieyl sampai hotel malam tu pun dekat pukul1 pagi jugalah sebabnya dekat seremban tu jem teruk, berhenti kereta pun dalam 2 kali cmtu. Cuma agak rugilah sebab kita check in lambat, kalau ikutkan check in pukul3 petang. Jumaat tu nieyl kerja, ada kerja yang perlukan nieyl dekat pejabat hari jumaat itu yang kena gerak malam tu.
Nieyl sampai hotel malam tu pun dekat pukul1 pagi jugalah sebabnya dekat seremban tu jem teruk, berhenti kereta pun dalam 2 kali cmtu. Cuma agak rugilah sebab kita check in lambat, kalau ikutkan check in pukul3 petang. Jumaat tu nieyl kerja, ada kerja yang perlukan nieyl dekat pejabat hari jumaat itu yang kena gerak malam tu.
Jom nieyl share hotel yang nieyl menginap jumaat malam. Actually hotel ni memang booking untuk sehari sahaja. Sebab tujuan asalnya ke johor ni ada wedding, dah alang-alang tu kita pergilah jalan-jalan dekat Johor Bahru.
Kitaorang booking 2 bilik , satu bilik untuk perempuan dan satu bilik lagi untuk lelaki. Specailnya bilik ni, buka pintu je dah boleh terjun dalam pool dah, ini kalau ada anak-anak ni memang suka lah kan. Pool yang depan bilik nieyl ni lebih kepada dewasa dan ada satu lagi pool khas untuk budak-budak.
Setiap bilik akan dapat 2 katil Queen sesuai untuk 4 orang dalam 1 bilik untuk dewasa. Keluasan dia sama dengan size kontena biasa. Laluan tu pun ngam-ngam je hihihihi. Biasa hotel 1 aircond je kan, dalam bilik ni dia bagi 2 aircond ya memang betul-betul nak bagi beku hahaha.
Toilet bersih dan sederhana. Kelengkapan sama macam hotel-hotel lain sediakan. Cuma kedudukan toilet ini adalah di tengah-tengah antara sofa dan katil.
Untuk nampakkan ruang bilik ni besar, owner hotel ni letak cermin besar untuk kita bersolek dan atas meja yang sama di letakkan air, cawan dan sebagainya..
Dalam bilik ni juga disediakan sofa panjang , Tv, iron board dan juga meja kopi. Sofa tu tu juga boleh jadi tempat tidur juga.
Bahagian depan pool tu adalah ruang kalau ada yang nak masak ke, nak buat BBQ ke ataupun jamuan.
Lepas perut masing-masing dah kenyang makan, terjun dalam pool. Pagi tu memang tak ada orang lain dalam pool selain kteorang je. Gambar di atas ni cubaan nak masuk dalam air terjun tu tapi tak berjaya..Takut lemas hahaha..mampu duduk belakang air terjun tu je..jadi lah bergambar kan hehehe.. So, kalau korang nak bawa anak-anak santai-santai mandi pool, boleh try sini..best..
Kluang Container Hotel Sdn. Bhd
Lot 10943, Jalan 2, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Lot 10943, Jalan 2, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
oooo stay kat Kluang erk...Kluang banyak tempat best food hunting...
ReplyDeletecantiknye bilik...
ReplyDelete