25 February, 2025

Stay di Amari Hotel Johor Bahru

Stay di Amari Hotel Johor Bahru | Lepas dah kenyang makan nasi kenduri, nieyl terus gerak pergi ke Johor Bahru untuk check in hotel, hotel lagi?aah..kali ni hotel lain pula sebab nak bermalam dekat Johor Bahru. Biasalah bila dah sampai Johor Bahru ni akan nampaklah bukit istana serene ni, ini kali kedua nieyl jejakkan kaki dekat Johor Bahru, soo tahu la sikit-sikit jalan dekat sini. Kebetulan kali ini bawa family, so bolehlah awak pergi mana-mana tempat yang nieyl dah pernah pergi.

Cuma hari sabtu tu, cuaca dekat JB ni tak mengizinkan gerimis, hujan, mendung je. Tapi tak apalah kita pergi mana yang boleh je nanti. Ok jom nieyl nak share suasana hotel kedua nieyl menginap dekat JB ni.
Loading barang dari kereta di aras 1, nanti akan ada trolly boy tolong bawakkan barang-barang kita. Kereta pun kitorang guna parking valet je sehari rm60. Sebab bawa mak, mak tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat.. Untuk urusan check in kena baik tingkat 6..Dekat situ lah lobi hotel..

Lobi dia sangat cantik dengan deko-deko warna warni. Dan banyak je tempat duduk menunggu yang disediakan oleh hotel. 

Ini bahagian cafe kalau nak beli apa-apa makanan dan duduk santai situ pun boleh juga. Tapi masa nieyl sampai tu tak ada orang pun dekat situ. 

Nieyl ada snap papan menu dia dan harga sekali, kalau-kalau ada yang nak letak minum coffee dulu..

Kitaorang ambil 3 bilik. 2 bilik adalah connecting room dan nieyl sebilik dengan mak nieyl, kakak nieyl dengan anak perempuan dia dan 1 bilik lagi untuk 2 orang lelaki (tunang anak buah dan abg ipar nieyl) 
ada disediakan meja untuk buat kerja dan juga sofa single untuk bersantai-santai dalam bilik sambil tengok tv.
Dalam almari disediakan baju Mandi, iron, selipar hotel, hairdryer dan bag laundry. Tapi nieyl tak gunapun semua tu, sebab nieyl guna bilik kakak nieyl punya je iron hahaha

Toilet dia sangat bersih, banyak tuala di sediakan, tuala mandi, tuala muka, tuala rambut pun ada. 
Ada tv juga, semestinya nieyl buka untuk tengok channel apa yang diaorang kasi. Kebetulan AXN tu ada, nieyl buka bagi mak nieyl tengok. Mak nieyl suka ya tengok AXN punya channerl lagi-lagi kalau drama siasatan. 
Special yang ada dalam bilik hotel ada meeting coffee. Apa lagi habis kiteorang buat air coffee hahaha, rasa macam nak beli 1 untuk letak dekat bilik opis nieyl je tau
Nieyl sempat singgah Gym dia, Ya Allah seronoknya nieyl layan treadmill 30 minit memang berpeluh-peluh, mulalah otak tu cakap nak beli juga la letak dekat rumah haahaha..tapi dah tahu dah husband akan cakap apa hahaha

Untuk breakfast sorry, nieyl tak snap gambar pun sebab breakfast dia macam syurga makanan. Penuh dengan makanan. Sampai nieyl tak tahu nak start tadi mana hari tu, nieyl ambil semua portion sikit-sikit tapi nieyl rasa 75% makanan yang ada dekat hotel tu hehehe..

Next, kalau turun JB bolehlah stay dekat sini memang berbaloi.. Nak bagitahu korang niii, sebenarnya nieyl singgah Johor Bahru ni ada sebab tauu..hahaha..korang rasa apa?nanti nieyl sharee
































 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)