21 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 8 dan Day 9



Menu Berbuka Puasa Day 8 dan Day 9 | Bila dah masuk minggu ke-2 berpuasa ni kan, kepala dah mula stress memikirkan lauk apa nak masak ketika berbuka. Kalau boleh, nieyl cuba masak setiap hari menu yang lain-lain. Untuk menu buka puasa Day 8 ni mak nieyl yang masak, Ikan kembung masak lemak + bendir,sayur bayam tumis, ayam goreng tepung, karipap kentang dan murtabak.

Untuk menu buka puasa day 9 pula nieyl yang masak. Nieyl masak ikan tongkol atau ikan aya masak kicap, sayur park choy, kerabu ikan bilis dan juga tauhu sumbat. Ada komen-komen minta resepi, nanti nieyl try buat entry resepi ya..

Semoga menu-menu yang nieyl share setiap hari ni, boleh membantu korang cari idea nak masak berbuka bersama keluarga nanti okay..



8 comments:

  1. nampak sedap semuanya...akak semalam 2 lauk je..satu Pak Zain masak, satu akak masak...

    ReplyDelete
  2. Tahu sumbat tu suami kita suka.. Tp, tak reti nk buat sos dia

    ReplyDelete
  3. sedappnyaa tauhu sumbat tu Nieyl! nanti boleh try hehe

    ReplyDelete
  4. cmni la untung bw kenkawan dpt jugak idea nk masak kann hihi

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap kak nieyl 😍. Ayam masak kecap tuh seperti teringin saya nak buat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)