23 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 11

 

Menu Berbuka Puasa Day 11 | Air tangan mak ni kan masak apa pun sedapkan. Bertuah mereka yang bergelar ibu ni sebab anak-anak merasai air tangan mak dan nieyl bersyukur sebab sehingga umur 36 tahun Allah masih beri rezeki nieyl merasai air tangan mak sehingga kini. Dalam dunia ni, tidak semua perkara yang kita harapkan, kita akan dapat, setiap orang ada rezeki masing-masing dan tak sama bentuk rezeki yang Allah berikan. 

So, semalam mak nieyl yang masak untuk berbuka menu dia adalah bihun goreng, ayam goreng, ikan sambal , sayur dan murtabak daging. Husband nieyl ni dia kena ada sambal baru dia berselera makan, tapi sejak berpuasa ni aduhai..menjadi-jadi dia makan waktu berbuka ni , risau kita kang baju raya tak muat. 

Hari ini dan esok adalah turn nieyl masak untuk berbuka. Sekarang ni tengah berfikir nak masak apa hari ini sebab hari minggu ni kena masak special sikit, nieyl dah keluarkan daging. Jadi nak masak masakan bertemakan daginglah hari ini..stay tuned okay, nanti nieyl updateee...


4 comments:

  1. Sedap pula nampak bihun tu.....air tangan ibu la paling sedap walaupun telur goreng je....untung la masih ada ibu.....

    ReplyDelete
  2. Betul , everything kalau dah nama pun air tangan ibu masak apa pun semua sedap.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..nak buat mee hoon guyeng jugak, tapi x buat2 lagi

    ReplyDelete
  4. alamak...sedap plak akak tengok bihun tu...kalau nak buat kena tunggu weekend, kalau tak memang x sempat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)