13 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 1

 

Menu Berbuka Puasa Day 1 | Seperti tahun lepas nieyl dengan mak sign kontrak ambi turn untuk memasak sepanjang ramadhan ni. Mak akan masak waktu sahur dan nieyl akan masak waktu berbuka. Kalau difikirkan, masak sahur lagi mudah cumanya kemalasan nak bangun awal tu hahaha.. Bila waktu berbuka  ni kena fikir setiap hari nak masak menu apa untuk berbuka. 

Setiap hari nieyl akan bersahur dan berbuka bertiga je, nieyl , husband dan mak. Ayah nieyl dia kerja shift malam so, memang tahun ni tak dapat nak berbuka bersama-sama. Bila bertiga ni masak pun simple-simple je, lagi-lagi sejak nieyl dalam tempoh mengurangkan berat badan ni, nieyl memang tak makan nasi banyak, makan pun suku-suku separuh je sekarang ni. 

Menu semalam nieyl simple je, kerang rebus cicah dengan sambal kicap, sayur tauge campur dengan kucai dan ikan goreng. Lepas tu abg nieyl ada bagi murtabak dan cucur udang. Alhamdulillah..itu je menu nieyl untuk hari pertama. Hari ni hari kedua, mak nieyl masak untuk berbuka sebab ayah nieyl nak bawa bekal pergi kerja. Esok nieyl share menu berbuka puasa nieyl. 

7 comments:

  1. Nice..Sy suka murtabak daging =)

    ReplyDelete
  2. tengok kernag tu alahai..sedapnya...rasa nak cari kernag plak..tapi kalau beli kerang kena beli kat pasar besar..kat supermarket nanti dapat2 kena scam je sebab x fresh dah

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa.
    Kalau jumpa kerang fresh yang masih hidup nganga2 tu memang sedap

    ReplyDelete
  4. wah.. meriah.. sayur tu feveret ldy tu.. ratah pun xpe.. masak letak ikan byk.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  5. kak ayu nya fav tu..murtabak, hari2 pun x pe...semalam baru dpt...alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. sedapnya nampak kerang tu ha...kali ke dua akak nampak kerang ni...esok nak jak dania pi pasar besar la

    ReplyDelete
  7. Kerang cicah dengan air asam @ sambL belacan sedap .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)