Girl's Day Out : Secret Garden Putrajaya | Aktiviti terakhir kami bertiga adalah Secret Garden Putrajaya. Ha..korang tahu tak dekat mana?orang putrajaya mesti tahu dekat mana kan, actually taman di berada di hadapan Hotel Pulse Grande Presint 1. Cantik sangat taman ni dekat lampu warna warni kira kanan, atas bawah pokok. Taman ni kalau waktu malam ada je orang yang jogging dan bawa anak-anak jalan-jalan tengok lampu-lampu.
Nampak jauh kan hotel tu, ha..nieyl berjalan kaki dari hotel tu tau. Saja nak uji keberkesanan sauna pagi tadi hahaha. Alhamdulillah, rasa penat tu kurang cuma mengah juga la sebab jauhhh hahaha..Tapi bila dalam gambar, memah cantik sangat.
Time ni kan masing-masing nak ambil gambar bulan yang sangat cantik malam tu, pakai handphone masing-masing, nak tengok sharap ke tidak handphone tu. Kalau handphone nieyl, ini jela hasil zoom yang termampu.
Plaza Mercu Tanda ni sebenarnya dia bertukar-tukar warna tau, masa nieyl snap ni dia tukar warna hijau.
Nama je kerja dekat Putrajaya 10 tahun, tapi tak pernah dapat tengok pemandangan malam seluruh putrajaya. Ni nieyl snap dari Tangga Putrajaya. Cantikkan..
Lepas dah letak dekat situ dalam sejam, kitaorang gerak balik..Alhamdulillah walaupun ada part yang kita rancang tu menjadi, dan ada part yang kita rancang tak jadi tu tapi Allah gantikan dengan yang lain. Apa-apa pun kan seharian tu banyak yang kita boleh buat diri kita happy dan memberi semangat baru untuk hari esoknya.
Walaupun kitaorang bertiga ni lain umur nya tapi Alhamdulillah boleh seat together, sembang dan insya'Allah soon kita plan nak pergi holiday, ke mana tu..masih dalam perbincangan. Apa-apa pun bila dah keluar ni, duit dah habis...masa untuk kita bekerja kumpul duit untuk next holidayyyy...
Thank you korang, yang sabar dan baca entry girl's day out nieyl..love...
cantiknya view malam dgn lampu warna warni
ReplyDeletewah...thank u nieyl share secret garden nie...bila2 boleh ajak husband p merendek sini...hihihi
ReplyDeleteammi walaupun duduk KL berbelas tahn tapi jarang beriadah kat Putrajaya. Manjang lupa je nak masukkan dalam list
ReplyDeleteKat sini ke yang ada dinosaur lampu-lampu tu? Ke kat mana? Macam betul dah. 😅
ReplyDeleteAmik gambar siang dah cantik..mestilah malam pun cantik kan...
ReplyDeleteingatkan dekat luar negara , rupanya dalam malaysia . putrajaya dah cantik . memang cantik dan keindahan macam dalam filem avatar
ReplyDelete