18 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 5 dan Day 6

 

Menu Berbuka Puasa Day 5 dan Day 6 | Maaf korang, hari ini blog nieyl dipenuhi dengan entry makanan. Tak apa kan, nanti kot-kot dapat bagi korang idea nak masak apa hari ni kan. Untuk kali ni nieyl share menu berbuka puasa nieyl untuk hari ke 5 dan ke 6. Gambar atas sekali ni adalah menu untuk hari ke 5. Special sikit sebab tomyam ayam, terung masak cili api dan popia cabornara ni kakak nieyl yang dekat KL yang masak. Dia berbuka dekat rumah nieyl sabtu hari tu dan nieyl masak nasi, masak telur dadar dan buat air je..hehehe..

Yang ini menu nieyl masak semalam, husband nieyl nak makan ayam goreng kunyit, telur hancur kicap dan juga suo kosong. Popia carbonara ni adik ipar nieyl hantar dan pastry hotdog tu anak buah nieyl, bella dia buat. Bella ni setiap hari dia akan masak 1 jenis kuih dan dia hantar dekat nieyl untuk rasa dia cakap hahaha, nieyl jadi dia punya testimoni..haha, tak apalah asalkan ko rajin pergi dapur, jangan nak malas-malas..

Kalau atas tadi, husband nieyl requestkan..yang ni mak nieyl request pula tak nak makan nasi buka, dia nak makan mee bandung, jadi ku turuti hehehe..Ha, begitulah nieyl, sebab selera masing-masing lain kan. Nasib baiklah simple-simple je menu yang dia minta tu, kalau yang susah-susah, memang nieyl beli je la hahaha..





7 comments:

  1. rajinnye niels masak.. dalam byk2 yg niels masak tu, lady suka telur dadar...

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa telur dadar + tomyam + sup! mee bandunggg tu pun sedapnyaa! rajin Bella masak & bagi suruh rasa.. meh hantar kat Kak Ana jugak hehe

    ReplyDelete
  3. rumah ammi sekarang ni kalau buka max pun 2 lauk je sbb yg masak tu suami. bila turn ammi masak tu adalah banyak sikit pinggan berisi lauk

    ReplyDelete
  4. sama menu , CCL pun masak tomyam ayam juga untuk menu bebuka semalam . terung masak cili pun sedap . terfikir boleh buat menu ni sebab ada terung purple ni dalam peti ais

    ReplyDelete
  5. mi bandung tu nampak sedap. lamanya tak makan

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya mee bandung...share la resepi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)