Jemputan Farewell Dan Bacaan Yassin Office Lama | Minggu lepas nieyl dapat jemputan dari office lama nieyl untuk hadir bersama di Majlis Bacaan Yassin dan Penyampaian hadiah untuk ex staff. Mesti korang tertanya kenapa baru sekarang buat kan. Sebenarnya awal bulan 3 baru ni, baru dapat pengarah selepas pengarah lama nieyl bersara bulan 11 2023.
Korang tahu tak apa perasaan nieyl masak hadir ke majlis tu?Ya Allah rasa lepas rindulah dekat office tu bau dia, jumpa kawan-kawan, pegawai-pegawai semua. Mereka layan nieyl seperti nieyl masih lagi keluarga mereka, sungguh terharu nieyl dan makin rindu nak kembali bekerja.
Kenangan bersama pengarah baru, masa moment nak ambil hadiah ni sempat pengarah cakap yang dia dah hantar memo ke pengurusan untuk mohon nieyl masuk semula ke office dan nanti dia follow up. Dan sempat juga dia tanya nieyl buat kerja apa dekat office sebelum ni. Actually,post nieyl adalah direct dibawah pejabat pengarah dan nieyl memang akan menguruskan urusan pentadbiran bahagian nieyl dan membantu PA pengarah untuk urusan surat menyurat. Jadi, korang doakan semoga urusan nieyl dipermudahkan ya.. Pengarah sempat melawak " kalau masuk balik , hadiah kena pulang balik ke mcner" hahaha... alamak..
Masa sesi makan -makan tu tak sangka pula dieorang beli kek siap ada nama lagi. Manja tu nieyl tau, pegawai-pegawai office sekarang ni ramai panggil nieyl dengan nama tu, sampaikan nieyl sendiri pun dah terbiasa dengan nama tu dekat office, actually itu nama panggilan nieyl dekat rumah dan family. Dan nama pikachu tu adalah afika.
Lepas je selesai jamuan makan tu, pegawai-pegawai nieyl tak kasi balik dulu. Dieorang minta nieyl stay sampai petang. Hahaha, dah macam bekerja dah nieyl hari tu. Dan ada juga yang jumpa nieyl bagi nieyl hadiah personal farewell, aduhai..terharunya...sementara nak keluar lunch hari jumaat tu, nieyl pergi jumpa kawan-kawan lama nieyl dulu dekat aras lain dan nieyl sempat jumpa boss lama yang nieyl pernah jadi PA dia 4 tahun masa dekat JPA dlu, dia baru naik pangkat dan dapat dekat jabatan nieyl. Kecil betul dunia ni, pusing-pusing jumpa balik.
Sebelum nieyl balik, sempatlah jenguk khabar workstation yang banyak kenangan nieyl dekat situ. Masih sama dan tiada orang yang duduk situ, dieorang kata reserve untuk nieyl hahaha..adoilahh...reserve entah bila nak masuk pun tak tahu laaa.. PTB dan PA harap bersabar ya, doakan semoga pengurusan terima permohonan pengarah nieyl. Dieorang dah tak menang tangan nak buat kerja sekarang ni dan mengharapkan nieyl kembali..besar harapan dieorang, besar lagi harapan nieyl..
Next entry nanti nieyl share dengan korang, apa hadiah yang nieyl dapat hari itu ya. Sebab memang hadiah yang sangat berharga dan menyokong usaha nieyl untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik untuk tahun 2024..Insya'Allah..
waahhhh moga dipermudahkan segala urusan Nieyl hehehe
ReplyDeleteseronoknya dikelilingi orang yang baik-baik. Semoga mudah segala urusan ya
ReplyDeleteMudah2an dapat kembali bertugas di situ
ReplyDeleteManja pula nama manja tu....dikelilingi orang yang baik2 juga satu rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah, lady doakan agar niel dapat kembali bekerja di situ...
ReplyDeleteseronok kalau dapat kawn2 yg sayang kiter..
Wah seronoknyaa .dapat attend farawell bacaan yasin . Dapat juga laa lepas rindu dengan rakan-rakan office
ReplyDeleteAkak doakan ada rezeki Nieyl selepas ni...insyaallah...
ReplyDelete