Ada Sinar Berkat Bulan Ramadhan | Kata orang jangan suka sangat benda belum ada hitam putih. Tapi for me, ia sesuatu yang sangat diharapkan dan nieyl perluan sokongan, doakan dari orang-orang yang mengenali nieyl walaupun hanya di alam maya. Benda kalau kita ambil dia sebagai positif, ia akan menjadi positif. Jadi, bulan mulia ni kita selalu la fikir yang positif sahaja okay.
Yesterday around 11 am lebih, PTB nieyl ada whatsapp nieyl dan dia update permohonan yang pengarah nieyl mohon dari pengurusan untuk ambil nieyl semula bekerja. HR dah respon permohonan dan minta detail , Alhamdulillah..walaupun belum ada apa-apa emel lagi tapi ia sesuatu perkara yang positif dan nieyl perlukan doa-doa korang, semoga Allah makbulkan doa-doa korang untuk nieyl.
Orang pertama yang nieyl share news ni adalah syida, bukan main suka dia sebab dah 3 bulan keseorangan dekat office tu hehehe. Dan orang kedua adalah husband nieyl sebab nieyl tunggu dia balik kerja dulu dan kemudian nieyl share dengan kakak dan mak nieyl dan seterusnya nieyl share dengan korang sebab korang juga selalu doakan yang baik-baik untuk nieyl.
PTB nieyl siap cakap lagi, kalau boleh sebelum raya nak nieyl masuk sebab biasalah, apa-apa sahaja event melibatkan hiasan, memang nieyl akan buat..ni pun dah masuk 2024, papan kenyataan dan carta organisasi pun tak ubah-ubah lagi hahaha, sebab tak ada orang yang nak buat.. Hahaha.. rindu nak bangun pagi pergi kerja...doakan nieyl tauu..
insya-ALlah, berkat Ramadhan..nieyl dapat tawaran tu..aamin2x
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga positif.. nanti mesti niels kembali busy.. kalau busy jgn lupekan kami di sini..
ReplyDeletealhamdulillah...kak ayu doakan semua urusan berjalan dengan lancar..moga rezeki Nieyl kat opis lama tu ada & dipermudahkan..aamiin...
ReplyDeleteseronoknya..kak ayu yg baca ni pun seronok dah, apa lagi Nieyl kan.. in sya Allah, ada tu
waahhhh moga ada yg baik akan dtg tu hehehe
ReplyDeleteInsyaallah dipermudahkan semuanya buat Nieyl...kali ni kontrak lama skit harapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah.seronok dengar . That means nanti akan akan kembali bekerja kt opis lama eh
ReplyDelete