22 March, 2024

Menu Berbuka Puasa Day 10


Menu Berbuka Puasa Day 10 | Setakat hari ini nieyl belum lagi jejakkan kaki ke bazaar ramadhan tau, tak tahulah berjaya kekalkan prestasi ke tak tahun ni. Sambil-sambil ni tengah plan nak berbuka puasa dengan syida dan afika minggu depan, insya'Allah hari selasa. Tempat berbuka je belum jumpa lagi, kalau tengok buffet-buffet ni kan aduhai harga dia boleh makan seminggu punya lauk hahaha..so, nieyl masih lagi mencari buffet yang bajet sebab berbuka memang tak makan banyak sebab lepas berbuka nak kerja solat maghrib, sempat pendek je maghrib tu, kena cari tempat yang ada surau.

Menu berbuka semalam nieyl yang masak, sangat simple pucuk ubi tumis cili , ikan bakar ala Portugis dan jua clam masak butter cili. Teringin nak makan clam tu, sebelum puasa hari tu dah makan dah dengan mantau, tapi ni saja nak masak sendiri. Ikan bakar tu first time nieyl masak nasib baiklah sodap ya sebab puasa tak leh nak raa-rasa, yang penting jangan masing hehehe...

Selamat berbuka puasa korang...
 

5 comments:

  1. sedapnyaaaaa ikan bakar ala portugis tu & clam tu fuhhhh menggodanyaaaa aduhhhh laparrr hehe

    ReplyDelete
  2. Clam masak butter chili 😍😍😍. Saya pernah buat pakai resep dari kak Carneyz. Sedaaaap. Jadi nak buat lagi. Mudah pula kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)