11 March, 2024

Review Gift Farewell

Review Gift Farewell | Seperti yang dijanjikan nieyl nak review hadiah-hadiah yang nieyl dapat masa majlis farewell hari tu. Sebenarnya nieyl tak expect to much sangat bab hadiah ni, sebab apa je orang kasi kita ambil jela kan. Tapi masa terima hadiah dari Pengarah tu macam dah boleh tahu je hadiah apa sebab bag dia dah tulis siap-siap dah brand apa hehehe..jom kita tengok hadiah apa nieyl dapat..

Hadiah pertama yang nieyl dapat adalah telekung Siti Khadijah warna coklat. Sangat cantik tau sebab nieyl sebelum ni telekung Siti Khadijah nieyl warna putih yang itu pun hadiah dari Dr Norlida setahun yang lepas. Nampak tak sampul bunga-bunga tu, nieyl ingatkan kad ucapan rupanya hadiah Wang Tunai , yang ini memang surprise Alhamdulillah, Allah beri rezeki.

Hadiah yang kedua dari Puan Norul, pegawai yang sangat baik dengan nieyl dekat office, Allahuakbar dia bagi nieyl senaskah Al-Quran Al -Kamil, kata Puan Norul dia suka Al-Quran ni sebab lengkap dengan tafsiran, tajwib dan nanti nieyl buat review khas dalam Al-Quran ni ya.

Hadiah yang ke-3 adalah dari Dr. Wan Azlin yang pernah menjadi penyelia nieyl, pernah lagi mak nieyl dekat office. Dr. Lin bagi nieyl sehelai tudung. Alhamdulillah..Apa sahaja pemberian dari mereka yang mengenali kita tu, kita kena hargai.. Actually kan, nieyl bersyukur sangat sebab nieyl selalu dapat hadiah telekung, dalam simpanan nieyl ada 3 lagi telekung yang nieyl masih belum guna dan nieyl plan nak guna 1 untuk buat terawih tahun ni dan satu lagi nak guna untuk travel dan 1 lagi nieyl bagi dekat mak, boleh la dia buat second telekung kan.

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)