05 March, 2024

Girl's Day Out : Al Ryan Sauna Bangi

 

Girl's Day Out : Al Ryan Sauna Bangi | Yang ditunggukan destinasi kedua girl's day out, nieyl bawa syida dengan afika pergi sauna selepas dah kenyang makan breakfast hahaha. Actually, dah lama sebenarnya nieyl nak try sauna ala korea ni, sebab selalu sangat lalu fyp dekat tiktiok nieyl. Jadi, kali ni nieyl sendiri nak try kehangatan sauna ni macam mana. Let's go..

Selepas daftar dekat kaunter, mereka akan berikan kita 1 set baju sauna, tudung sarung, tuala mandi dan juga tuala muka untuk kita guna sepanjang berada di sauna. Cuma nieyl bawa extra pakaian dalam sebab dah lengun takkan nak pakai kan..ee..dah la nak berjalan-jalan lagi nanti. Sebelum nieyl booking hari tu, nieyl dah call, tanya bilik mandi disediakan tak?Alhamdulillah di sediakan jadi, korang tak perlu nak risau selesai sauna dan rest boleh mandi dan semua peralatan mandi disediakan dan bathroom dia sangat bersih. By the way gambar atas masing-masing muka excited nak masuk dalam sauna..
Macam nilah keadaan bilik sauna tu, dalam bilik tu disediakan juga air dan cawan untuk kita minum semasa berada dalam bilik sauna. Lantai tu panas tau korang, tepi-tepi dinding tu pun sama juga. Suhu dalam bilik sauna ni adalah 52 darjah celcius ya. Sebelum nak masuk start sauna, kalau ada pakai make up ke korang kena cuci dulu ya, masuk dalam tu tanpa seberang make up di muka sebab liang-liang pori akan terbuka semasa kita bersauna nanti. 
Kitaorang tak ambil gambar banyak pun dalam bilik ni sebab semasa sauna handphone tidak digalakkan bawa masuk, jadi kita diberi masa untuk bergambar sekejap dalam bilik dan kemudian handphohne kena simpan dalam loker yang disediakan. Untuk pengetahuan korang, sauna ni mengambil masa 45 minit sahaja dan dia ada step-step yang perlu kita ikut. 10 minit kita kena berdiri, 10 minit kena duduk bersandar, 10 minit kena baring, 10 minit menyiarap dan 5 minit lagi bebas nak buat apa. Disarankan untuk banyak minum air semasa dalam bilik sauna. Sekiranya tidak tahan panas, korang dibenarkan untuk keluar dari bilik sauna seketika ataupun keluar terus. 

Selepas dah selesai bersauna 45minit, kita akan diminta untuk berehat diruang yang disediakan selama 1 jam sebelum kita bersihkan diri dan balik. Sepanjang dalam bilik sauna tu, dari kepala sehingga kaki basah seperti mandi peluh. Baju pink yang dieorang bagi ni tebal tau korang, jadi lagi la berpeluh tak berhenti-henti. 
Satu sesi 45 minit ni bersamaan dengan 30 min jogging. Power betul tapi memang betu pun tau berpeuh seperti kita berlari, berjogging. Kalau siapa rasa malas nak jogging tu bolehlah try sauna. Best tauuu..Jangan risau, sauna ni dia terbahagi kepada 2 bahagian, untuk wanita dan lelaki. Jadi kita memang tak bertembung dengan dieorang pun ketika bersauna, kalau berjumpa pun dekat kaunter pembayaran hehehe..
Harga untuk satu sesi adalah RM39 sahaja dan dia juga ada pakej-pakej yang best untuk mereka yang nak selalu nak pergi sauna dan juga mereka yang datang group. Nieyl letak sini supaya korang boleh refer kalau nak pergi nanti tau. Suggestion nieyl kalau nak datang, buat booking hari weekdays la sebab kalau weekends fully booked kata staff. Nieyl hari tu pergi weekdays memang heaven buat sauna macam rumah sendiri hahaha.  Dan satu lagi kan, kalau plan nak g sauna pergilah berteman, kawan-kawan ke, mak ke adik ke kakak ke, kalau korang sorang-sorang dalam bilik sauna tu memang pishang la, kalau ada teman boleh sembang-sembang 45min tak terasa sangat hehehe..

Kalau dah buat sauna ni, mestilah kita nak tahu apa tindaka balas badan kita masa sauna tu kan. Sebab setiap orang yang buat sauna ni tindak balas dia tak sama. Contohnya macam nieyl kan, peluh berlebihan walaupun dah mandi, masa nak tunggu syida dengan afika siap tu pun masih rasa berpeluh tau hahaha, jadi bila nieyl tengok rupanya nieyl ni obesiti hahaha so, lepas korang dah siap bersauna tu boleh la tengok carta ni tengok apa masalah kesihatan korang.

Selepas buat sauna ni, nieyl dapat rasa badan nieyl ringan, tak rasa lebih, lebih aktif dan part paling best adalah dapat tidur nyenyak. Dan nieyl tak menyesal pergi panggang badan nieyl dalam bilik tu, dan Insya'Allah nieyl akan repeat lagi lepas raya nanti. 

Al Ryan Sauna Bangi
5-19-2, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Next aktiviti girl's day out ---> Stay Tuned okay




















11 comments:

  1. Okla sekali sekala nak healing pi sauna kan :D

    ReplyDelete
  2. waaa best nya girls day out...dapat me time cmni mmmg dah lama jadi idaman hati...ni baru sauna belum lg urut2 waa best2

    ReplyDelete
  3. bestnya Nieyl, kak ana lama dah tak girls day out dengan anak2 hehe :)

    ReplyDelete
  4. aww sweetnya semua pakai baju pink mcm uniform plak

    ReplyDelete
  5. macam rumah sauna dalam cerita korea tu lah ye...hihihi

    ReplyDelete
  6. ha kan..kalau masuk situ sorang2 45 minit tanpa handphone mmg pishang la. nak tidur pon confirm tak lalu dek panas

    ReplyDelete
  7. Teringat pulak dengan ajumma bila sebut sauna.

    ReplyDelete
  8. Bestnya...manja- manja kan diri macam ni...x de geng akak nak buat benda ni semua la

    ReplyDelete
  9. suka trademark spa ni , relax ,refresh , recharge ,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)