08 March, 2024

Resepi Thai Mango Chicken

 

Resepi Thai Mango Chicken | Rasanya dah lama nieyl tak share tentang resepi kan, asyik share tempat makan je. Actually nieyl selalu je masak dekat rumah sejak tak bekerja ni cuma kadang-kadang tu menu simple-simple je masak tu yang jarang nak share tu dalam blog. Kalau nieyl masak menu baru insya'Allah nieyl akan share dengan korang. 

Hari ni nieyl nak share resepi Thai Mango Chicken, masakan ni kiranya first time nieyl masak ni tau itupun terigin nak rasa sedap ke idak sebab selalu lalu dekat fyp nieyl tu. Cuma biasalah nieyl ubah ikut cita rasa nieyl.

Bahan-bahan

Dada ayam potong dadu ( nieyl guna drumstick)
Tepung Goreng Ayam (bestari)
Plum sos
Thai sos
Madu
Air
Garam
Cili api (potong)
Bawang besar ( hiris)
Daun Ketumbar
Manga (sagat panjang atau potong )

Cara memasak
  • Dada ayam dipotong digaul dengan tepung goreng ayam dan goreng serta toskan.
  • Dalam mangkuk lain, masukkan Plum sos, Thai sos, Madu, Air, Garam, Cili api, bawang besar, daun ketumbar dan gaulkan sebati. Last sekali masukkan manga yang telah dipotong atau disagat panjang.
  • Gaulkan isi ayam yang telah digoreng bersama bahan-bahan sos yang telah disatukan tu..
  • Dah siap!hidangkan makan dengan nasi panas..sedappp..

nieyl guna sos thai brand ni

Plum sos jenama life

*kalau dalam resepi asal dia ada guna air limau kasturi, cuma resepi ni nieyl tak letak sebab mak nieyl tak boleh makan makanan yang ada limau kasturi nanti dia sakit perut, tapi rasa dia tetap sedap juga.Nanti korang try lah, sos -sos tu sukatan dia ikut pada berapa banyak isi ayam yang korang masak. Ala..yang itu mesti korang boleh agak-agak kan, sebab korang lagi hebat masak dari nieyl..

Selamat Mencuba...

5 comments:

  1. Woooo... mengancam betul. Berkilat-kilat warna merah kuningnya tu!

    ReplyDelete
  2. aa lamanya tak makan thai mango chicken ni .. nak cuba beli la plum sos jenama life tu

    ReplyDelete
  3. Terliur pulak nampak mangga tu...haha tapi masak dengan ayam ya....

    ReplyDelete
  4. sedap niel.. ldy suka masakan masam2 ni... :D

    ReplyDelete
  5. Aduhai...sedapnya tu ha...terus akak teringin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)