07 March, 2024

Girl's Day Out : Kopi Surat Cinta Putrajaya

 

Girl's Day Out : Kopi Surat Cinta Putrajaya | Itulah kata pepatah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Untuk next aktiviti adalah berbasikal di taman morocco putrajaya tetapi hujan lebat dan kitaorang terpaksa berhenti tepi dan fikir nak ke mana, last-last kita cari port makan untuk minum petang. Kebetulan afika dengan syida tak pernah lagi sampai sini, so nieyl ajak dieorang ke Kopi Surat Cinta untuk minum petang sementara nak tunggu maghrib.

Untuk pengetahuan korang, kopi surat cinta punya memu ni tak banyak tau simple-simple je menu dia biasanya orang ke sini untuk lepak minum, sembang-sembang dan ootd sebab cafe ni cantik kehijauan. 

Dan kalau korang tengok buku menu ni pun unit setiap makanan ada puisi cinta. Dan harga-harga makanan dia pun tak mahal mana pun, so untuk nieyl bertiga ni kitaorang ambil makanan dan share je.

Ini kopi yang di order oleh afika dengan syida. Nieyl tak order air manis sebab dah banyak sangat minum manis. Nieyl order ais kosong je. Jom tengok nieyl order apa untuk minum petang.

Roti bakar

Keropok lekor

Lempeng kelapa

Yang first time dulu nieyl datang sini nieyl makan nasi, so kali ni minum petang kita makan yang betul-betul minum petang punya menu. So far ok la untuk minum petang, santai-santai sambil sembang. 

Cuba teka ke mana nieyl lepas ni?

8 comments:

  1. tiap menu ada pick up linenya...bagus.

    ReplyDelete
  2. Alahai..jelesnya baca dapat ngopi ngopi dgn geng gegirl. Macam sedap pulak tengok kopok lekor tu. Nak gorenglah petang karang

    ReplyDelete
  3. amboi nama menu cia cia cia sangat

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi. Menu simple dan harga berbaloi.

    ReplyDelete
  5. sedapnya roti bakar..kalau pagi mesti ada telur separuh masak kan..

    ReplyDelete
  6. auchhh menu dia tu , buat sapa-sapa nak order of course tengok-tengok jer ayat tu kan . ahahahakks

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)