09 December, 2025

Keputusan Kecil Yang Mengubah Hari


Keputusan Kecil Yang Mengubah Hari | Kadang-kadang, hidup bagi kita ni ada dua pilihan: ikut emosi yang kusut… atau tarik nafas dan pilih untuk gembira. Dengar mudah kan , tapi sebenarnya itu satu keputusan sedar yang kita buat setiap pagi, setiap situasi, setiap kali hati mula rasa berat.

Hari ini, nieyl pilih gembira.

Bukan sebab semuanya berjalan sempurna. Bukan sebab tiada masalah. Tapi sebab nieyl sedar, walau apa pun berlaku, kita ni   masih berhak merasai tenang dan bahagia. Ada banyak perkara yang kita tak boleh kawal, tapi kita boleh kawal bagaimana kita melihat sesuatu.

Bila kita pilih gembira, dunia terasa sedikit lembut. Langkah rasa lebih ringan. Dan hati… rasa lebih lapang.

Jadi hari ini, kalau hati mula kacau, kita kena ingatkan diri:
“Gembira itu pilihan… dan saya layak memilihnya.”


Nak bagitahu, semalam nieyl dapat fresh flowers hehehe.
cantikkan pink pula tu...


 

2 comments:

  1. terus berseri dengan fresh flowers tu

    ReplyDelete
  2. so true.. of coz la pilih happy utk diri kita sendiri kan..
    moga ygbaik2 saja buat Nieyl..aamiin
    best nya dpt bunga .. pink lagi.. i like!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)