17 February, 2025

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik |  Lepas check out hari tu, nieyl sekeluarga singgah makan lunch dekat Kafe Olla. ini kafe milik umi kepada anak buah nieyl. Memang excited sangat nak pergi sini sebab nak makan ikan patin. Kalau dah sampai pahang daerah mana pun wajib ler makan ikan patin kan. Dekat kafe ni paling di cari pelanggan adalah ikan patin tempoyak dan ikan talapia goreng. Harga dia korang boleh tengok dekat gambar atas yang nieyl share tu. 

Kafe Olla ni memang sentiasa ada customer, kafe ni terletak betul-betul tepi jalan memang menjadi tempat orang berhenti makan lunch. Selain tu dia ada je menu masakan lain macam kedai-kedai biasa tu, cuma yang paling popular ikan patin tempoyak dan ikan talipia yang kita order baru dia goreng. Makan panas-panas dengan sambal colek tempoyak pergghh...sedappp..


Hari nieyl makan nasi putih, salad, sambal colek tempoyak, ikan patin tempoyak dan fav nieyl ikan patin goreng. Sedap betul lah kebetulan memang pergi time perut lapar nasi hehehe.. Ikan patin tempoyak dia memang rasa ori tempoyak dan warna dia pun original ya..tak ada letak kunyit² ni hehehe..Paling nieyl suka ikan patin goreng panas-panas tu, dah habis order satu lagi hehehe...

Kalau korang ada ke belah-belah Janda Baik tu bolehlah singgah makan sini okay..

3 comments:

  1. Jarang jumpa orang luar suka patin ni. Padahal sedap je kan. Kami di Pahang ni dari kecik membesar dengan patin.

    ReplyDelete
  2. I loike patin tempoyak..Tapi part ekor je..Selalu kalau teringin nk mkn kami akan ke kedai Sambal hijau dekat Sg.Penchala tu =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)