31 October, 2017

Tol Batu Tiga,Dimansuhkan Bermula 1 Januari 2018

by on October 31, 2017
Tol Batu Tiga,Dimansuhkan Bermula 1 Januari 2018 | Diantara inti pati dalam bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi perhatian tinggi adalah pemansuhkan tol batu tiga,Shah Alam dan Sungai Rasaudi Selangor serta pemasuhan kutipan tol tertentu di Kedah dan Johor. 


Berita gembira ini mengurangkan beban para pelajar dan mereka yang bekerja di Ibu kota. Semoga ianya dapat membantu rakyat mengurangkan beban bulanan mereka..

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

by on October 31, 2017
Join Klik Banner

Nieyl tahu tentang Blog Miakassim.com ni sebenarnya muka Tuan punya blog ni sekali pandang macam member kenalan sekolah nieyl, nama kawan nieyl tu Aimi kassim..hihi..
Teruskan menulis dan terus success okay..

Resepi Ikan Kembung Masak Singgang

by on October 31, 2017
Resepi Ikan Kembung Masak Singgang | Salah satu masakan yang nieyl jarang masak di rumah adalah masak singgang, sebab nieyl tiada keyakinan nak masak singgang yang sedap. Ramai kata ala masak singgang ni senang je campak-campak je bahan dia. Itu mungkin bagi mereka-mereka yang dah biasa atau selalu masak ya. Orang macam nieyl ni,baru beberapa kali masak, semalam merupakan kali yang ke-3 nieyl masak Ikan singgang ni tau. 

Dan bila dah kali ke-3 masak mestilah rasa dia makin meningkat sedapnya..hahaha..angkat bakul sendiri, ee..tak adalah ini betul, husband kata ini yang paling sedap,banyak dia makan tau..so,bila dah kata sedap wajib lah share. Supaya mereka-mereka yang macam nieyl ni yang baru nak berjinak memasak lauk sesimple ini,boleh try..tak gitu ke...


Bahan-bahan

  • Ikan kembung atau apa-apa ikan
  • Bawang merah- dihiris halus
  • Bawang Putih - dihiris halus
  • Lengkuas 1 inci 
  • Serai 1 batang- diketuk
  • Bendir /tomato
  • Kunyit 1 inci * nieyl terlupa beli,so guna serbuk kunyit je
  • Asam keping (nieyl letak 4 keping)
  • Cili Api
  • Garam dan serbuk perisa kalau ada
Cara-cara memasak
  • Rebus air,kuantiti air tu bergantung pada korang nak banyak atau sikit ya,kalau nieyl letak setengah periuk kecil
  • Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama serai,asam keping, kunyit dan lengkuas,biar sehingga mendidih
  • Masukkan bendi,cili api ,biarkan 5 minit masukkan ikan
  • kemudian masukkan garam dan serbuk perisa
  • biar mendidih dan tutup api dan boleh hidang...


Selamat Mencuba!

28 October, 2017

Granola Cereal Bersama Chia Seed

by on October 28, 2017
Granola Cereal Bersama Chia Seed | Selamat Pagi korang, cuti-cuti ni tak ada pergi mana-mana ke?Nieyl hari ini nak pergi beli stok granola cereal nieyl dah habis . Alhamdulillah lebih kurang 2 minggu nieyl breakfast dengan cereal, badan rasa ringan, proses pembuangan sangat lawas dan yang bestnya ada orang tegur nampak nieyl susut sikit..hihihihi..

Sebelum-sebelum ni nieyl cuma makan cereal bersama susu segar je kan, pagi semalam nieyl cuba makan bersama dengan Chia Seed. Kata orang, Chia Seed ni banyak kelebihannya untuk tubuh badan kita. Chia seed ini kita boleh letak di nasi putih yang kita makan tu, takpun boleh letak dalam minuman yang kita minum,ish boleh letak dalam semua makanan la senang cakap.



Pagi semalam pun ada orang tanya "awak makan benda ni kenyang ke"  selama nieyl makan 2 minggu ni, Alhamdulillah..makan sikit tapi sendawa.. cereal ini memang sesuai untuk breakfast, dia bagi kita tenaga dan menyerap lemak-lemak yang tidak berguna dalam badan kita. Antara pukul 8 pagi sehingga pukul1 tengah hari boleh tahan lapar. Diantara waktu tu nieyl amalkan minum air kosong dengan banyak. 

Pukul 1 biasanya nieyl akan makan lunch yang berat,nasi berlauk terutamanya sebab pagi kita dah makan makanan sihat, lunch tu kita belanja lah perut ni makan makanan yang sedap-sedap sikit kesian dia menahan lapar.

Sekarang ini nieyl cuba amalkan makan sebelum pukul 7 atau 8 itupun kalau nieyl rasa lapar sangat, kalau tak,nieyl akan minum air kosong dan biskut. Makan malam nieyl masih cuba kawal, sebab tak nak buat mengejut takut nanti sakit pula..kita buat slow-slow je..moga terus munasabah diri..hihihi..


Walaupun ramai yang dah tahu kebaikan Chia Seed ni,nieyl tetap nak share juga untuk mereka yang baru nak start berdiet, tapi badan kita tak sama,kadang-kadang kita boleh jadikan panduan sahaja rutin sihat orang lain cuma kita kena cari rutin sihat yang sesuai dengan badan kita. Okay..Yang penting SIHAT..

  • Dapat melawan diabetes
  • Mengandungi Serat yang banyak
  • Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
  • Mempunyai Mangan
  • Lebih banyak fosforus
  • Kaya dengan protein
  • Dapat menstabilkan gula dalam darah
  • Mudah berasa kenyang
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Penuh dan kaya dengan omega -3

27 October, 2017

Tonton Perbentangan Bajet 2018

by on October 27, 2017
Tonton Pembentangan Bajet 2018 | Setiap tahun sebilangan besar rakyat Malaysia menanti pembentangan bajet. Sambil buat kerja sambil mendengar bajet 2018 so,tahun ini semoga banyak berita baik untuk rakyat Malaysia.


Bila Bilik PA Penuh Dengan Makanan

by on October 27, 2017
Bila Bilik PA Penuh Dengan Makanan | Hai korang..tengah buat apa tu?semoga hari ini lebih baik dari semalam okay. Sekarang ini nieyl memang ada bilik sendiri dan bersebelahan dengan bilik boss nieyl, so..sebelum pegawai-pegawai nak jumpa boss..dieorang biasanya akan tunggu di bilik nieyl, jadi nieyl memang akan sentiasa pastikan bilik nieyl ni wangi je dan sentiasa ada makanan. Makanan tu bukan la yang berat-berat, biasanya nieyl sediakan gula-gula, coklat.

Boss-boss lain pun kalau rasa mengantuk di dalam bilik meeting, dieorang pun akan keluar ambil gula-gula untuk segarkan kembali mata dieorg sebab bilik meeting utama dekat dengan bilik nieyl. Korang pun kalau lalu depan bilik nieyl ni..meh singgah ambil yaaa..hihihi





Baju Hello Kitty Untuk Ellsa

by on October 27, 2017
Baju Hello Kitty Untuk Ellsa | Orang yang tak ada anak lagi memang suka shopping baju baby ke ek? ke nieyl seorang je macam tu? Boleh dikatakan setiap kali keluar shopping, tak sah kalau tak singgah butik-butik baby dan baju kanak-kanak.  Bukan apa geram sangat tengok baju baby girl, nasib baik nieyl ada ellsa.. Bila dah berkenan memang beli untuk Ellsa buat masa sekarang ini, dan beli juga untuk Adam..


Mummy Ellsa sent gambar Ellsa pakai baju yang nieyl belikan hari tu..alahai...sukanya dia,geram tau..apa yang dia sukakannya pun tak tau..tapi kalau korang nak tahu, Ellsa ni suka selfie tau, kalau selfie dia automatik akan senyum macam ni..hihihi...Over ellsa ni dari maklong tau..

26 October, 2017

Blog Berwajah Baru

by on October 26, 2017
Blog Berwajah Baru | Dah lama sebenarnya niat di hati nak tukar baju baru blog nieyl ni rasanya sejak 2009 lagi baru 3x nieyl tukar baju blog ni. Kali ini nieyl guna khidmat Blogger Sis Hawa nieyl beri kepercayaan untuk sis hawa ubah dan design mengikut apa yang nieyl nak dan suka. Alhamdulillah tak lama pun, dalam masa 2 minggu seperti sis hawa janjikan, beliau siapkan tempahan nieyl. 

Konsep nieyl adalah simple,kemas dan cantik. Pemilihan warna, font , susunan entry semuanya pilihan nieyl sendiri. Sangat mudah bekerjasama dengan sis hawa ni. So,kalau korang pun nak tempah templete own design dan idea, boleh contact sis hawa nanti nieyl share detailnya. 

So,korang rasa okay tak blog nieyl sekarang ini?komen la sikit....


Detail Contact Sis Hawa

Facebook : sishawadotcom
Emel : sishawadesign@gmail.com 

Rezeki Udang Galah Sepit Biru

by on October 26, 2017
Rezeki Udang Galah Sepit Biru | Bila sebut memancing ini, husband dahulunya bukan seorang yang kaki pancing tau, sejak setahun kahwin dia terpengaruh dengan abg dan abg ipar nieyl yang sememangnya kaki pancing. Boleh dikatakan setiap minggu akan pergi memancing. Sejak awal tahun ni je nieyl memang larang husband pergi memancing, sebabnya sejak dia suka memancing ni kulit dia berubah warna. MIL nieyl pun dah bising.. Ini bukan warna berubah sikit-sikit tau, ini dah berubah warna yang sangat gelap..hahaha..(cuba bayangkan tahi cicak)

Sejak dah stop memancing, warna kulit dah kembali macam mula-mula kahwin hihihi..Sesekali je nieyl bagi husband pergi mancing,itupun tempat yang beratap..hahaha..itupun bila dah lama-lama dia tak pergi, hobi dia dah makin pudar..

Last week abg nieyl pergi mancing udang,dapatlah satu plastik udang galah..dia bagi setiap rumah 2 ekor je..hahaha..sebab dalam rumah nieyl ni hanya nieyl seorang je yang makan seafood nie, husband dengan mak nieyl tak makan seafood..untungnyaaaa...Nikmat makan sorang-sorang..hahaha


25 October, 2017

Portal Sebenarnya.my

by on October 25, 2017
Portal Sebenarnya.my | Menggunakan tagline "Tidak Pasti,Jangan Kongsi" , portal sebenarnya.my ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengawal penyebaran maklumat palsu dan tidak sahih ianya di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Portal ini diwujudkan bertujuan menyediakan satu pusat sehenti kepada orang ramai untuk menyemak serta mendapatkan pengesahan berikutan penularan berita palsu yang semakin berleluasa.



Jadi, sekiranya kita mendapat mesej atau whatsapp yang mungkin kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya,jangan ragu untuk check di portal rasmi sebenarnya.my . Jangan menjadi salah seorang penyumbang info yang palsu dan tidak benar kepada orang lain.

Senarai Pemenang Giveaway Be My Lucky Followers

by on October 25, 2017
Senarai Pemenang Giveaway Be My Lucky Followers | First of all nieyl nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway kali ini dan kepada sponsor-sponsor yang baik hati terima kasih dan yang paling dinantikan adalah senarai pemenang kan..sabar..sabar.. Giveaway ini nieyl anjurkan adalah untuk berkongsi rezeki bersama dan menambah lagi kenalan blogger-blogger yang baru dan yang lama. Semoga lepas ini walaupun tiada contest atau giveaway sudi-sudi lah singgah blog kawan-kawan terutamanya blog nieyl ni ye..hihihi..


Pemenang RM20
(Emel detail ke nieyl_puteriimpian@gmail.com)

Pemenang RM10
 (Emel detail ke starlavender.luna@gmail.com)

Pemenang RM10
  (Emel detail ke starlavender.luna@gmail.com)

Pemenang RM10
  (Emel detail ke aisyaismail88@gmail.com)

Pemenang RM10
  (Emel detail ke aisyaismail88@gmail.com)

Pemenang RM10
 (Emel detail ke farizaatul00@gmail.com)

Pemenang RM10
  (Emel detail ke farizaatul00@gmail.com)

Pemenang RM10
 (Emel detail ke mimie_najib83@yahoo.com.my) 

Pemenang RM10
 (Emel detail ke mimie_najib83@yahoo.com.my) 

Pemenang Pakej Print Gambar + Random Stuff
(Emel detail ke shfyqhazhr@gmail.com)

24 October, 2017

Manfaat Bersauna Yang Korang Kena Tahu

by on October 24, 2017
Manfaat Bersauna Yang Korang Kena Tahu | Selalu kita tahu kalau nak bakar lemaj-lemak dalam badan ni perlukan senaman seperti pergi ke gim, berjogging dan sebagainya. Namun kini bersauna juga menjadi salah satu tren membakar lemak.


Sauna membantu meningkatkan stamina pada masa kita bersenam
Kajian membuktikan seorang atlit olahraga yang rutin bersauna selama 3 minggu meningkatkan stamina mereka sebanyak 32 peratus

Sauna mengurangkan rasa sakit selepas bersenam
Panas yang disebabkan oleh sauna dapat meregangkan otot serta memiliki efek analgesik pada otot seperti dalam liputan annals of internal medicine

Sauna menjauhkan kita dari selesema
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1990 membuktikan,mereka yang rutin sauna selama 6 bulan lebih jarang mendapat selesema berbanding mereka yang tidak bersauna.

Jadi, boleh pergi sauna untuk kesihatan dan bersenam tetap menjadi aktiviti pembakaran lemak..


Semak Senarai Penyertaan Be My Lucky Followers

by on October 24, 2017

1. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html 
2. http://www.kisahsidairy.com/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
3. https://anumkhairil.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
4. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
5. https://messarah.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
6. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindah-cerita.html
7. http://www.hakimramli.com/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html?m=1
8. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html?m=1
9. http://deariescouple.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-follower-giveaway.html
10.https://farhannajafri.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
11. https://salatulzarida.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
12. http://puankuci.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
13. http://www.pokcikblogger.com/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
14. http://www.helloaiman.com/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
15. https://ainniah.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html?m=1
16. https://cikash.blogspot.com/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
17. http://www.huhahuhajerr.com/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
18. https://eyranasrin.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
19. http://itsmelyya.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
20. http://thezofiroh.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
21. http://dramaticyang.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
22. https://belogsjm.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
23. https://jombercontest.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
24. http://nazatul-nashya.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
25. http://bukupinky.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
26. http://www.sayidahnapisah.com/2017/10/be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html
27. http://www.ronaldmohoni.com/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html?m=1
28. http://najahmustapa.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
29. http://ladyinredplanner.blogspot.my/2017/10/giveaway-be-my-lucky-followers-by-seindahcerita.html

Senarai pemenang akan di umumkan ESOK
25 Oktober 2017

Riadah Main Bowling di U-Bowl Cyberjaya

by on October 24, 2017
Riadah Main Bowling di U-Bowl Cyberjaya | Sesekali bila dapat beriadah bersama family dengan melakukan aktiviti-aktiviti orang muda ni best kata Mak, walaupun tak join main sekali. Last week hari sabtu kebiasaanya nieyl dengan husband kalau tak ada plan nak pergi mana-mana, mula lah keboringan di rumah. Last minit punya plan nieyl dengan family kakak ajak mak keluar pergi main bowling dan makan-makan. Mak pun okay sebab hari sabtu biasanya mak boring tak buat apa dekat rumah. 


Selfie dengan Mak, nak whatsapp dekat ayah nieyl bukti mak keluar jalan-jalan dengan anak-anak dia. Sekali tengok ada tak nampak nieyl ikut muka mak ?sebenarnya ada bahagian mata sepit ,hidung dan bibir...hehehehe...


Nak juga selfie sementara menunggu turn nak baling bola bowling, nampak kurus sikit tak? hahaha..ini salah satu teknik nak selfie gaya kurus okay..boleh try yaaa..just kidding..


Kitaorang suruh mak pegang bola dan baling dia tak nak,dia segan..last-last pose dekat kerusi jela dengan bola boling, hantar dalam group family..terkejut semua orang tengok mak pegang bola boling sebabnya mak nieyl ni selalu nya pegang senduk,kuali, bunga..hihihi..


ceh..ceh..ceh..my turn, 15 minit pertama menguasai tangga pertama, lepas tu hampeh no.3 lastnya sebab ada orang lain yang dah potong point di saat-saat akhir,katanya baru panasss..hihihi..


InsyaÁllah akan datang, nieyl akan buat perlawanan bowling family..masih lagi mencari masa yang sesuai untuk buat pertandingan berpasangan. Selain itu program yang masih dalam perancangan adalah pertandingan memancing di PD..itu pun masih dalam perancangan masa, dan tempat. 

Selalu kalau nak main bowling nieyl pergi di Alamanda Putrajaya, so sekarang ni di Dpulze dah ada U-bowl so,nieyl akan ke sana sahaja sebab dekat dengan rumah. Dan penat main nanti di floor bawa bowling tu banyak kedai dan restoran so,boleh makan dekat situ je..tak perlu nak keluar pergi tempat lain. 

U-Bowl
SF 01| Second Floor
Dpulze Shopping Centre,Cyberjaya




23 October, 2017

Be My Lucky Followers Giveaway

by on October 23, 2017


Syarat-syarat

  1. Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman,    Cinta Itu Indah, Shikin Razali
  2. Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life  
  4. Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita"
  5. Wajib tinggalkan sekurang-kurangnya 1 komen di setiap blog yang korang follow di atas.
  6. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  8. Pemenang di pilih secara Random.org

  9. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang

Boleh copy & paste code di bawa untuk lebih mudah.

 

Panas Terik Sungguh Sekarang ini

by on October 23, 2017

Panas Terik Sungguh Sekarang ini | Kebelakangan ini nieyl terasa cuaca sangat panas terik bukan sahaja di waktu siang hari malah di malam hari jua panas bahang itu terasa. Sampaikan duduk di ruang tamu menonton TV dengan on kipas pun masih lagi berpeluh-peluh. Allahuakbar..Dugaan Allah untuk umatnya.


Di rumah nieyl memang setiap bilik, memang dipasangkan aircond cuma nieyl memang sangat jarang ON sebabnya langkah penjimatan. Hanya ON apabila betul-betul memerlukan sahaja. Rasanya aircond dalam bilik tidur nieyl adalah dalam setahun juga tak ON..kekeke..Bukan kedekut tapi jimat. 

Cuma sejak 2 3 hari ini, nieyl memang ON aircond dari tengah hari sehingga malam nak tidur sebab cuaca di luar dan dalam rumah sama panasnya. Jadinya, bulan depan punya bill extra angka la nampaknya. 

Dengan cuaca yang sangat panas sekarang ini,kepada orang ramai jaga kesihatan masing-masing dengan minum air secukupnya dan  kurangkan aktiviti diluar.Dibawah ini nieyl share beberapa tips yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk cuaca panas sekarang ini.



Resepi Paprik Daging Paling Simple

by on October 23, 2017

Bahan-bahan

Daging (terpulang berapa banyak)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang holand 2
1 biji Lobak merah
kobis bunga
3 sudu besar cili kisar/giling
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
daun limau purut
gula dan garam secukup rasa


Cara-Caranya

  1. Rebus daging sampai empuk.
  2. Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau 
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air .
  4. Masukkan lobak merah dan daun limau purut 
  5. Masukkan daging  dan kobis bunga
  6. Gula dan garam secukupnya..
  7. Masukkan bawang holland 
  8. Kacau dan angkat
* sukatan air, ikut pada kita kalau suka kering letak sikit je air, kalau macam nieyl suka kuah yg banyak,so..letak lebih sikit air tu..

20 October, 2017

Kebaikan Oat Yang Kita Perlu Tahu

by on October 20, 2017
Kebaikan Oat Yang Kita Perlu Tahu | Kata orang bila kita nak berubah menjadi lebih baik pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Sama juga macam nieyl bila terdetik di hati untuk jalani kehidupan yang lebih sihat. Kali ini nieyl mulakan dengan slowly-slowly je supaya badan dan perut tidak terkejut dengan perubahan tu. Alhamdulillah sehingga hari ini dah 2 minggu nieyl tidak breakfast yang heavy, pagi nieyl ambil air kosong dan granola bersama susu. Isnin - jumaat memang kita boleh maintain sebab di pejabat. Bila di hari cuti sabtu dan ahad, biasalah pagi-pagi mak masak nasi goreng, bihun goreng, roti canai,nasi lemak..aduhai..memang mencabar nafsu makan. Pejam mata je makan granola dengan susu..hihihi..


Kebaikan Oat untuk tubuh badan kita

Menurut kajian antarabangsa, Oat terbukti menjadi makanan yang berkhasiat dengan kebaikannya yang tersendiri dan disarankan untuk semua peringkat umum. Ha..bukan sahaja untuk mereka yang berusia 40-an ke atas sahaja ya, sekarang ini seawal umur 20-an pun dah boleh amalkan pemakanan oat ini.

Membantu Mengawal Selera Makan

Kandungan yang ada di dalam Oat mampu mengawal hormon rasa lapar dan kita akan bersama lebih kenyang. Nieyl pagi memang akan ambil granola berserta susu sahaja,tiada makanan lain dan nieyl mampu bertahan sehingga jam 1.00 tengah hari untuk makan lunch. Alhamdulillah..Kajian juga membuktikan bahawa indivitu yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika mengambil 3 gram serat setiap hari mampu mengurangkan tahap kolekstrol sehingga 8%-23% hanya dengan 1 cawan oat. Hebatkan!

Mengurangkan Tekanan Darah

Penyakit yang nieyl paling takut adalah penyakit jantung. Semua sedia maklum bahawa penyakit jantung merupakan antara salah satu penyakit yang paling tinggi di hadapi dunia. Amalan diet yang betul dan berterusan mampu mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan gula dalam badan kita. Jom amalkan pemakanan Oat.

Ada yang kata makan Oat tak sedap la,tak ada apa rasa. Apa kata ubah persepsi korang tentang Oat. Sekarang ini ada pelbagai jenis makanan sihat yang berasaskan Oat yang lebih sedap dan sihat. Nieyl sendiri pun tak boleh makan Oat kosong, jadi nieyl pilih Granola yang mempunyai bijirin-bijirin yang baik dan sihat yang boleh kita amalkan bersama buah-buahan lain. Selamat Mencuba..



17 October, 2017

Celebrate Birthday Mak Kedua Putrajaya

by on October 17, 2017
Celebrate Birthday Mak Kedua Putrajaya | Seronok bila plan sesuatu dan plan berjalan dengan lancar. 4 Okt yang lepas nieyl dah celebrate yang first dengan surprise ayah nieyl. So, kami ni nieyl plan nak celebrate dengan adik beradik, anak² buah. Alhamdulillah, hari ahad lepas kitaorang satu family berpiknik di Tasik Empangan Putrajaya.


Konsep nieyl petang tu adalah potluck dan minum petang. Jadi tak adalah banyak sangat nak kena bawa macam nak makan tengah hari kan.Antara menu yang di bawa :-
  • Sate 
  • Sandwich
  • Bihun Goreng
  • Apam balik
  • Pisang goreng
  • Buah



Kek celebrate kali ke-2 seperti biasa dari dapoer_leutik , cuma kali ni nieyl pilih red velvet cheese sememangnya sedap. So,yang mana area putrajaya tu kalau nak order apa-apa sahaja jenis kek..boleh la terjah IG yang nieyl share. 


Cucu-cucu semuanya dah sama tinggi dengan neneknya. Ada yang lebih tinggi pun ada. Budak-budak zaman sekarang ni memang tinggi-tinggi ya?

Sayang mak kitaaaa..itulah anak bongsu yang sentiasa dibawah ketiak mak lagi walaupun dah kahwin..hihihi.. Susah dan senang selalu mak ada disisi. Seronok bila dapat buat sesuatu yang boleh mak happy. Ayah nieyl tak dapat join sebab kena kerja..



Semua kaum hawa bergambar kenangan bersama mak di sambutan birthday yang ke- 65 tahun. Ini baru sebahagian yang dapat hadir, ada lagi 3 family besar tak dapat join. 


Kadang- kadang bila bergambar ramai-ramai macam ni kan rasa macam wah!besarnya family sekarang ini, InsyaÁllah tahun depan akan bertambah lagi ahli baru dalam family...semoga Allah permudahkan semuanya...Amin...

Next projek nieyl adalah perancangan pertandingan memancing bersama family..semoga semuanya berjalan dengan lancar ya...Walaupun keluarga besar, seorang kena mainkan peranan untuk membuatkan ikatan silaturrahim adik beradik itu terus megah dan erat..♥



16 October, 2017

Keistimewaan Daun Kaduk Yang Perlu Kita Tahu

by on October 16, 2017
Keistimewaan Daun Kaduk Yang Perlu Kita Tahu | Kebelakangan ini nieyl selalu ternampak kawan-kawan post makanan Miang Kham. Korang tahu tak apa tu? Miang Kham ni makanan tradisional dari Thailand. Kalau dulu nak makan ni kena pergi Thailand sekarang ni dekat Malaysia pun dah banyak restoran-restoran Thai yang sediakan makanan ni.Miang Kham ni terdiri daripada kacang, limau kasturi,cili apai,bawang, udang goreng, pelam muda ataupun boleh tambah lagi dengan kepala goreng,halia dan bawang putih. Selain itu ada sos dia juga ya,bahan-bahan tadi diletakkan di atas daun kaduk bersama sos dan dimakan sekali suapan sahaja.  Itu lah dia Miang Kham ni.. Kawan nieyl kata sedap sebab dia ada semua rasa dalam satu suapan tu..siapa dah try??


Keistimewaan Daun Kaduk


Pengidap penyakit diadetes yang mengambil daun kaduk berisiko rendah mengalami serangan jantung. Kelebihan daun kaduk adalah ia kaya dengan antioksida dan anti keradangan. Daun kaduk amat baik kepada pengidap osteoporosis. Sekiranya kita berdepan dengan masalah kolestrol yang tinggi boleh cuba daun kaduk ni.

Amalan mengambil daun kaduk mampu mengatasi masalah kolestrol dan merendahkan rezeki serangan jantung. Jadi yang mana nak cuba makan buah kaduk tu,boleh la mulakan dengan try makan Miang Kham ni ya... :)

13 October, 2017

Panduan Senaman Ibu Mengandung

by on October 13, 2017
Panduan Senaman Ibu Mengandung | Semasa mengandung, kebanyakkan wanita atau ibu akan cuba untuk sentiasa berada dalam keadaan sejuk atau suam bagi mengelakkan strok haba betul tak? Bagaimana pula ibu mengandung yang mahu bersenam di luar tetapi pada masa yang sama tetap mahu mengelakkan dehidrasi? 


Ikuti beberapa panduan yang dicadangkan oleh Geralyn Coopersmith,yang merupakan penulis buku Equinox Fitness Training Institute :

  • Berjalan pada waktu malam
  • Banyakkan minum air
  • Lakukan aktiviti renang
Ibu mengandung tidak perlu melakukan senaman yang berat, cukup sekadar dapat bersenam walaupun hanya berjalan kaki, berenang dan lakukan senaman yang ringan-ringan supaya tidak mendatangkan memudaratkan pada kandung. Cuma janganlah langsung tidak bersenam pula ya..♥