Showing posts with label eryka ellsa. Show all posts
Showing posts with label eryka ellsa. Show all posts

27 October, 2017

Baju Hello Kitty Untuk Ellsa

by on October 27, 2017
Baju Hello Kitty Untuk Ellsa | Orang yang tak ada anak lagi memang suka shopping baju baby ke ek? ke nieyl seorang je macam tu? Boleh dikatakan setiap kali keluar shopping, tak sah kalau tak singgah butik-butik baby dan baju kanak-kanak.  Bukan apa geram sangat tengok baju baby girl, nasib baik nieyl ada ellsa.. Bila dah berkenan memang beli untuk Ellsa buat masa sekarang ini, dan beli juga untuk Adam..


Mummy Ellsa sent gambar Ellsa pakai baju yang nieyl belikan hari tu..alahai...sukanya dia,geram tau..apa yang dia sukakannya pun tak tau..tapi kalau korang nak tahu, Ellsa ni suka selfie tau, kalau selfie dia automatik akan senyum macam ni..hihihi...Over ellsa ni dari maklong tau..

24 July, 2017

Ellsa busyuk Maklong

by on July 24, 2017
Ellsa busyuk Maklong | Yeay...Alhamdulillah hari ini telah selesai kesemua jamuan di bulan Syawal, perut pun dah sendat, berat pun nak naik berkilo-kilo,lemak jangan cakap lah dah berkati rasanya. Aduhai...Jomlah sama-sama kita berpuasa isnin khamis untuk dapatkan kembali berat badan yang ideal. 

Entry sebelum raya hari tu. nieyl ada share perkembangan adam, so petang yang santai ni nieyl nak share pasal budak busyuk maklong ni. Setiap kali ellsa balik selangor, tak sabar-sabar maklong nak datang rumah wan, nak jumpa dan main dengan dia. Sekarang ini ellsa dah tak boleh duduk diam dah, dia rimas kalau duduk, dia suka berdiri sekarang ni. Dah pandai meniarap dah cuma masih setempat lagi, bulan depan dah nak masuk 6 bulan usia Ellsa. Dah boleh makan dah yeayyy..


Nanti kalau ellsa dah besar, ellsa terbaca blog maklong ni..maklong nak cakap maklong sayang ellsa sangat², semoga bila besar nanti menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat okay..muaahhh♥

20 February, 2017

welcome my new niece

by on February 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


welcome my new niece | 11 Februari 2017 telah lahir seorang puteri yang dinanti selama 4 tahun. Alhamdulillah...Tahniah adik ipar nieyl..kehadiran baby girl melengkapi sepasang cucu MIL nieyl. Dirancangkan nak bersalin di Selangor, due bulan 3..tapi sebaik-baik perancangan, Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Baby lahir di Kedah Sungai Petani. 16 Februari 2017 baru balik ke Selangor berpantang di rumah MIL nieyl.

Eh..terlupa pula nak bagitahu nama baby girl  tu..nama dia Eryka Ellsa..kteorang panggil Ellsa..Princess Ellsa...♥ Lepas nie kena doakan maklong pula tau..moga maklong juga dapat baby tahun depan..Ameen..Ameen... sayang ellsa..sayang adam..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png