19 October, 2016

Resepi Buttermilk Chicken

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Resepi Buttermilk Chicken  | Hari ahad lepas ada sedikit kerajinan memasak, walaupun sebenarnya dah tak tahu nak masak apa..No idea..tertiba ternampak pula gambar buttermilk chicken..hihihi..mengoda betul..terus pergi kedai beli ayam,beli butter dengan susu cair. Bila post gambar dekat IG ramai tanya resepi..meh share..

Bahan-bahannya: 
Ayam ( potong kecik-kecik) 
1 sudu besar serbuk kari 
2 sudu besar tepung jagung
 2 sudu besar tepung gandum 
Garam dan gula sedikit
1/2 tin susu cair (Kalau yg suka berkuah,macam nieyl letak lebih)
 3 sudu butter 
Daun Kari 
3 biji bawang merah (potong dadu)
1 ulas bawang putih (ketuk pun boleh)
cili api (pada yang suka pedas)
 Minyak untuk goreng ayam

Cara-caranya: 
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. 
  2. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam. 
  3. Goreng ayam sehingga masak.
  4. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  5. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. 
  6. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit.
  8. Tadddaaaa..dah siap..boleh makan dengan nasi panas²...

Ha..selamat mencuba ya korang.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)