07 October, 2016

Sanah Helwah Mak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sanah Helwah Mak | 5 Oktober adalah salah satu tarikh yang penting dalam hidup nieyl. Hari ulangtahun kelahiran Mak yang ke -64 tahun. Kini umur nieyl 28thn dan 28thn juga nieyl belum pernah sekali pun berjauhan ngan Mak. Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan fizikal dan kesihatan yang baik untuk melihat anak-anak dia bahagia. Kini mak ada 9 orang anak, 7 orang menantu, 21 orang cucu dan seorang cicit.

Tahun nie tak dapat nak sambut meriah seperti tahun² lepas, sebab semua sedia maklum yang ayah masih lagi berada di hospital untuk pantauan lepas operation bypass last week. InsyaÁllah kalau semua nya dah stabil,boleh la ayah balik nanti. 

Pagi Selasa (4 Okt) sempat sembang dengan adik bongsu yang berada di Melaka tengah kerja. Dia memang susah nak dapat balik sebab kerja tentera kan. So,faham jela kalau tak dapat balik tu. Tapi saja je la bagi cadangan dengan dia,buat surprise dekat mak. Bagi bungan ngan kek.. Petang selasa tu dia whatsapp,dia kata dia dah minta orang deliverykan untuk mak..see..so sweet lah ko nie...


Balik kerja semalam mak senyum², mak kata adik buat surprise hantar bunga dgn kek..serius nampak mak happy,sekurang²nya adik dari jauh kirim kan. Suka mak yaaa...tak apa..nanti anje pulak buat surprise untuk mak..hihihi...:)


Happy birthday mak..
Terima kasih sebab sentiasa menyayangi anje dari kecil sampai dah jadi bini orang nie...
Selalu menjadi pendengar yang setia...
Semoga Allah panjangkan umur mak untuk lihat anak² anje satu hari nanti..InsyaÁllah...
LOVE U!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. Dari kakak juga buat Mak Nieyl Sanah Helwah:)
    Manis berseri-seri muka mak - nampak sgt seorg yg sabar.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi buat mak nieyl. Moga diberikan kesihatan yang baik dan diberkati hidupnya sebagai husnul qatimah. Moga kehidupan akan lebih ceria dan bermakna

    ReplyDelete
  3. SANAH HELWAH MAK NIEYL MOGA SHT AFIAT N BHGIA SELALU

    ReplyDelete
  4. Hepy Bezday Makcik.....
    Seronok betul mak Nieyl tu ....tengok muka pun dah tahu. Mau tak seronok....dapat bunga dengan kek.
    Nieyl apa no tel agensi tu. Nak try tanya manalah tahu reasonable fees

    ReplyDelete
  5. utk mak nieyl ~ moga panjang umur :)
    sihat dan bahagia.

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam.
    Selamat panjang umur dan semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir mak nieyl :) Semoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete
  8. Sanah helwah makcik! aritu bkk post nie tp page not found..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)