السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Khasiat Tempe Yang Menarik | Salah satu makanan yang sinonim dengan orang jawa adalah tempe,betul tak?ha..sebab ayah nieyl orang jawa..That why nieyl suka sangat makan tempe nie. Kalau kita pergi pasar ke pergi kedai ke biasa kita akan jumpa yang dibungkus dalam surat khabar tak pun sekarang nie banyak yang dibungkus dalam plastik.
Nieyl biasanya suka makan yang digoreng atau pun di buat sambal kering campur dengan ikan bilis..peh!sedapnya...Tempe juga mak nieyl suka buat sambal goreng jawa..Sedap! Rugi besar tau kalau tak tahu khasiat yang terkandung dalam tempe nie.. Ada yang kata,makan tempe nie boleh membantu mencantikkan wajah..Ha..yang suka makan tempe tu, sila tengok muka korang...mesti cun kan..
Kalau korang nak tahu apa lagi khasiat tempe yang kita tidak tahu :-
- Tempe sebenarnya mengandungi khasiat kalsium yang setanding dengan susu.
- Tempe juga mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya (awet muda)
- Ia juga mampu mengurangkan kolesterol,meningkatkan kepadatan tulang,mengurangkan gejala menopaus dan kualiti potein yang sama seperti daging.
- Tempe mengandungi zat besi, flafois yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah, jadi ianya elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
- Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit dan boleh mengelakkan keracunan makanan.
Begitu banyak khasiatnya, ruginya kalau korang tak makan tempe nie...murah je makanan nie..petang nie pun ada plan nak masak tempe la balik nanti..nak lagi cantik dan awet muda di samping menjaga kesihatan :)
Kakak suka goreng dgn ketumbar jintan cecah dgn sambal kicap Nieyl
ReplyDeleteItu style di Johor.
patut la anum suka.. hehe
ReplyDeleteplg suka sambal kering tempe goreng dan ikan bilis. Potong nipis-nipis. perrgggggh..terliur la pulak hehehehe
ReplyDeleteHakak sebenarnya walaupun org Jawa, tak berapa suka sangat tempe Nieyl. Tapi makanlah. Banyak khasiat rupanya ye
ReplyDeleteKat sini ada orang jual rojak tempe.
ReplyDeleteMabeles jugak.