السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Elak Obesiti & Diabetes! | Sangat jarang kita dengar kanak-kanak tidak suka makan gula-gula atau benda-benda manis kan. Kebanyakannya memang gemar makan makanan yang manis. Obesiti dan diabetes di kalangan kanak-kanak di Malaysia amat membimbangkan di sebabkan faktor pemilihan makanan yang manis, tunggu kandungan gulanya dan diet yang tidak seimbang.
Menjadi peranan dan tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak - anak mereka mendapat nutrisi yang baik ketika membesar. Boleh ambil makanan yang bergula tapi perlukan pemantauan dan kadar yang minimum. Biasa kita akan dengar, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik depan anak-anak. Amalan pemakanan sihat perlu bermula di rumah dan ibu bapa supaya anak-anak dapat menjalani kehidupan dengan sihat.
Nieyl ada seorang anak buah dalam darjah 2, maybe dari kecil suka sangat makan gula-gula agak nya sampai sekarang ada masalah gigi. So, kandungan gula yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan masalah pada gigi seperti gigi rosak.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
- Jangan jadikan makanan sebagai ganjaran untuk anak-anak - ha..yang ini selalu kita dengar kan, kalau buat perkara yang baik²,nanti mama bagi gula-gula...
- Berikan mereka penerangan kenapa tak boleh makan guna berlebihan. Insya''Allah mereka akan faham.
- Simpan makanan yang berkhasiat untuk dijadikan snek.
- Berhati-hati dengan gula tambahan yang tersembunyi dalam makanan dan minuman yang dibeli.
Untuk pengetahuan korang,ibu bapa atau sesiapa sahaja jumlah gula yang disarankan setiap hari untuk kanak-kanan berusia 2-6 tahun adalah tidak lebih daripada 3 sudu kecil.
Jaga kesihatan anak-anak kita dari awal supaya mereka dalam kehidupan yang sihat dan baik :)
PERLU BIASAKAN LIDAH DGN RASA GULA YG MANIS SEDERHANA SAJA.
ReplyDeleteInfo yang bagus.. =)
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteSekarang dh ramai kita lihat kanak2 yang obesiti akibat pemakanan dan kurangnya senaman.
tau dak donat tu nampak menggoda sesgt.... alhamdulillah sy xsuka sgt mknn manis..
ReplyDeleteHaaa tu la. budak kecik skrg makin ramai pulak yg takde gigi hahaha. i mean gigi rongak.
ReplyDeleteSaya pun akan strict dgn anak saya mengenai pengambilan gula, al maklumlah mak dia sendiri pun penghidap diabetes.. ^_^
ReplyDeleteGood sharing! Thanks for the info & tips.. ^_^
ReplyDeletePerkongsian yang amat penting untuk kita semua
ReplyDeletesedapnyua donut warna warni.. tp saya mmg tak bapa suka sgt manis :)
ReplyDelete