السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan RM150,apa yang dapat? | Semalam pergi ATM keluarkan RM150 sahaja untuk beli beberapa barang keperluan dapur dan diri yang dah habis. Pada mulanya plan RM100 sahaja nak beli barang yang lagi RM50 nak buat duit poket... Tapi bila dah beli barang-barang semua..hahaha...RM150 lesap semua habis dekat kedai.
Meh nieyl nak share apa yang nieyl beli dengan RM150, faham jela zaman sekarang nie kalau beli barang nak dapat 1 troli pun susah. Nasib baiklah tak shopping dekat pasaraya yang besar-besar, nieyl shopping dekat speedmart je...harga barang masih di kategori kan murah lagi la..walaupun beza dia dalam sen-sen tapi kadang² ada barang dia yang beze ringit-ringit tau..
Antara barang kering yang nieyl beli :
- Sabun Breeze
- Makanan kucing
- Refil body wash
- Refil Softlan
- Joy
- Pemcuci Muka Safi Rania
Antara barang dapur yang nieyl beli :
- Cili kering
- Bawang putih
- Bawang besar 1 beg
- Telur 1 papan
- Cili Api
- Telur burung puyuh
- Ikan talapia 2 ekor
- Ikan Sardin 6 ekor
- Halia
- Kicap Kipas Udang
- Teh uncang lipton
- Sosej
- Roti Paratha
Itu yang nieyl rasakan perlu sahaja beli, sebab next week baru second round shopping untuk tambah² yang lain yang mana tak beli lagi. Ini nieyl berbelanja, kalau korang biasanya habis berapa banyak?
Itu Nieyl berdua aje jadi bayangkan kami yg ada anak-anak memang berganda-ganda Nieyl
ReplyDeleteBiasa kakak tak lari dari 6-7 ratus.
NILAI DUIT DH SEMAKIN KECIL KAN NIEYL....
ReplyDeletememan pening bila nak tengok barang dengan duit yang hendak dikeluarkan
ReplyDeletetiap-tiap minggu plak tue nak beli brang dapur ..adeiii
Banyak jugak dapat dengan harga Rm150 ek. Siqah pun suka breeze dan joy ��
ReplyDeleteduit dah takde nilaikan dik :(
ReplyDeletehuhu..lbih kurng..n kena buang ap yg rsa x ptt..kena amik yg betul2 keperluan..bru jimat..sedih..
ReplyDeleteskang aida da jarang membeli byk byk tau.
ReplyDeletesebab jarang da masak weekdays. keja jauh kan.
but, kalu membeli, contoh nyer last monday kat famili store tu, penuh troli = RM200 ke atas.
brg dapur. brg nak masak 2-3 hari.
drypers. susu izzat.
kekadang anak2 bertiga tu nak biskut la, air kotak la, tu da wajib beli dah nieyl.
hu hu hu :(