10 October, 2016

First Time Drive Sampai KL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

First Time Drive Sampai KL | Tajuk bukan main poyo lagi kan, actually kan..serius tak pernah lagi lepas drive luar dr Bangi,Putrajaya tau.. Yang pertamanya sebab takut dan tak confident dengan kesesakan KL. Tapi apa kan daya, bila terpaksa beranikan diri sebab en.husband tak dapat nak pergi tengok ayah dekat hospital dan abg-abg semua kerja. So,nak tak nak..kena hadap jugak la sebab nak kena bawak mak pergi hospital. 

Apa sekali pun bila first time, pastinya berdebar-debar, risau semua ada..takut sesat pun ada tau. Tapi Alhamdulillah..berjaya sampai dengan selamat.. Time nak balik ke putrajaya pun alhamdulillah.. Tak terlepas simpang..hihihi..


Bila tengok ayah semakin hari semakin sihat seperti selalunya..Lega hati kami sekeluarga, setiap kali kami datang melawat,mesti akan ada gambar² kenangan bersama. Sebab kata ayah,nanti ayah nak semua gambar² ketika dia sakit sehingga la sihat hari ini. Ayah nak frame kan.. :)


Sekarang nie setiap hari, setiap 60 minit ayah kena buat ujian pernafasan. Nampak ada peningkatan dari 200,kini dah melebihi 1000 lebih. Setiap sabtu dan ahad ayah dapat makan sedap² bekalan dari rumah. Sungguh berselera ayah makan sekarang nie yang penting makan kena pantang skrg. Kalau makan kari tidak boleh letak santan.

Berita baik hari ini ayah akan discaj..InsyaÁllah dalam pukul 3 petang. Adik yang ambil sebab kakak²,abg² bekerja termasuklah nieyl yang tengah sibuk berpindah office.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH AYAH NIEYL SEMAKIN SHT

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah. Seronok dengarnya ayah nieyl dah boleh pulang ke rumah. Semoga cepat sembuh ayah Nieyl.

    Nieyl pergi KL drive tak guna Google Maps or Waze ke? Kalau nieyl main redah je, memang terbaiklah. Siqah tak pernah drive camtu. Hee

    ReplyDelete
  3. selamat pagi isnin
    alhamdullilah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Syukur Alhamdulillah...
    awat dok roger Nur kalau tidak boleh jumpa ^_^

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah.
    Kakak tumpang gembira. Apa lagi tengok mak tersenyum tu Nieyl
    Moga abah terus sihat di samping semua keluarga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..demi ayah tercinta..hihi..tahniah p.cik smkin sihat !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)