26 October, 2016

Di kala hati berkata

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Di kala hati berkata | Syukur Alhamdulillah hidup nieyl dikelilingi dengan orang² yang memahami keinginan hati kecil ini. Walaupun ada sesetengahnya mempertikaikan tentang rezeki yang belum menjadi milik diri ini. Alangkah bagus dan gembiranya jika setiap manusia di muka bumi ini di beri rezeki yang sama, walaupun sedar bahawa rezeki setiap manusia itu berbeza dan masanya juga tidak sama. 

Mudah bagi orang untuk bertanyakan soalan,tapi bukan mudah untuk orang yang nak beri jawapan itu untuk menjawab. Begitu mudah untuk memberikan nasihat, petua sedangkan bukan mudah untuk menerimanya. Semua orang boleh rasa bangga, dan mengajar cara-cara untuk hamil tapi pernah atau tidak korang rasa betapa sentap dan terasanya hati ini untuk mendengar dan menerima sedangkan korang telah berjaya hamil, berjaya menjadi seorang ibu.

Pernah atau tidak korang rasa, bagaimana rasa diri ini untuk meneruskan kehidupan dalam pada masa yang sama memikirkan kata-kata orang di sekeliling, kata-kata keluarga terdekat, kata-kata jiran, perasaan suami, perasaan keluarga mertua.. Ooo..nooo..korang tidak akan faham jika korang tidak rasa apa yang kami² ini rasa. 

Kami hanya perlu mengisi setiap kesunyian dan kekosongan itu dengan menumpang seberapa banyak kasih sayang dari kanak-kanak lain. Senyuman yang sangat ikhas bila melihat telatah anak-anak :)


Terima kasih Ya Allah...sentiasa menghadirkan mereka² yang baik dan memberi semangat untuk teruskan kehidupan dengan penuh redha dan sabar..Dan awak-awak yang membaca dan komen juga :) Thank you!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. kena kuat kan sis bila berhdpn dgn kata-kata org.

    ReplyDelete
  2. Faham....mereka tak pernah fikirkan perasaan orang..

    ReplyDelete
  3. Akak bab ni memang tak berani campur dan takkan campur sebab pendapat akak Anak suami ni semua pinjaman, kalau kau berbangga sangat kau riak sangat sampai lukakan hati orang kau tak takut ke 1 hari nanti akan diambil semula??

    SEINGAT AKAK..akak tak pernah tnye orang bab-bab dah bape lama kawin takde anak ke and so on..nope.

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Apa2 pun kehidupan kena teruskan.
    Hati walau pun kecil kena kuat.

    ReplyDelete
  5. Tak per Nieyl. Belum ada rezeki. Insyaallah satu masa nanti Nieyl akan mengendong anak sendiri. Banyakkan berdoa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)