18 October, 2016

Mereka Hanya Ada 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mereka Hanya Ada 1 | Dalam dunia ni kita hanya ada satu ibu dan satu ayah. Walaupun ayah kita kahwin 3..Mak kita tetap ada satu dan ayah kita tetap ada satu dan tak mungkin akan ada 2 atau 3 atau pengganti yang sama macam mak ayah kita kan. Rasa bersyukur sangat sebab membesar depan mata ayah mak, dah kahwin pun still depan mata lagi. 

Lepas ayah keluar dari hospital, ayah tak duduk rumah nieyl lagi dah..ayah tinggal di rumah wife dia no.3.. jadi wife no.1 dan no.2 weekend baru datang bersama anak²,cucu melawat ayah. Kata ayah dekat rumah wife no.3 lebih tenang dan dia lebih selesa lagipun wife no.3 tak bekerja so boleh bagi attention 200% dekat ayah. 

Macam mak nieyl,wife no.1 nie redha jelah bila suami dah bagi kata putus begitu lagipun, rumah nieyl ada kucing,tak sesuai ayah kata dia nak duduk situ. Hmm..lagipun mak nieyl bizi dekat memasak dekat kedai makan mak tu,takut tak dapat nak beli perhatian sepenuhnya pada ayah. 

Mak no.2, kata ayah jiran rumah ada anak yang suka baiki moto,jadi bising ayah tak suka tempat² yang bising dengan keadaan dia yang baru lepas operation tu. Lagipun, mak no.2 ada jaga 3 org cucu dekat rumah. So, faham² jela..orang kalau tak sihat dia suka suasana yang tenang relax..


Gigih pagi sabtu mak masak untuk ayah, kata mak..ayah nak makan ikan tenggiri masak asam pedas lepas tu ikan bawal masak stim..wah!selera orang sakit..hihihi..Alhamdulillah...dari segi makan tu ayah berselera cuma dia kata tangan kanan dia dah start sakit...cuma skrg nie kena lebih pantau keadaan ayah.


Bila isteri rindukan suami, walaupun hidup berliku dan di uji dalam pelbagai ujian dan dugaan tapi Allah masih mempertahankan ikatan yang dah lebih 46 tahun nie...Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..limpahkan segala kasih sayang antara mereka berdua hingga ke Jannah..Amin....
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Terharu kakak tengok gambar mak Nieyl dan ayah tu tau
    Mak isteri yg tabah dan kuat sebab itu boleh bertahan walau ayan ada 2 lagi isteri lain.

    Semoga ayah terus sihat & berbahagia di samping semua keluarganya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sapa kata poligami ni susah. Asalkan yang lelaki (ayah) pandai uruskan dan mak(mak) berbaik sesama sendiri kan.

    Senyum akak baca. Moga ayah terus sihat.

    ReplyDelete
  3. SEMOGA AYAL NIEYL SHT SEDIAKALA DGN KASIHSAYANG KELUARGANYA.

    ReplyDelete
  4. masih lagi romantik mak ayah nieyl. lama tu 46 tahun. kagum sgt dgn mak nieyl. tabah hadapi ujian rumah tangga. semoga mak ayah nieyl sentiasa diberikan kesihatan yg baik :)

    ReplyDelete
  5. mOGA MAKCIK DAN PAKCIK SIHAT WALFIAT :)

    ReplyDelete
  6. akak tak boleh bayangkan kehidupan begini kalau terjadi pada akak..respek kat emak nieyl... hebat orangnya... moga ayah neiyl juga sihat hendaknya .... emak2 neiyl yang lain juga syukur baik2 belaka...

    ReplyDelete
  7. alahaiiii suweetnyeeeeee..semoga ayah nieyl cepat sembuh...amin..

    ReplyDelete
  8. Wkmsalam.
    Wah hebat ayah Nieyl.
    Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)