17 October, 2016

8 Tip Mendidik Anak Supaya Cintakan Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


8 Tip Mendidik Anak Supaya Cintakan Al-Quran | Pengalaman nieyl masa kecil-kecil dulu, ayah memang ambil berat tentang 3 perkara nie, pertama Solat, kedua Quran dan ketiga pelajaran. Dulu nieyl belajar mengaji dan baca quran di rumah jiran sekampung bersama kawan-kawan yang lain. Ada sesekali je kalau tak pergi mengaji di rumah ustazah, ayah yang akan ajar tapi biasalah kalau ayah yang ajar...kena kebal kalau salah kena marah..

Nieyl pasti setiap rumah kita pasti ada sekurang-kurangnya sebuah naskah Al-Quran kan. Tapi berapa ramai yang benar-benar membaca dan mengamalkan atau hanya letak di atas rak buku sahaja..Itu salah satu ayat yang sering di ucapkan oleh penceramah² bila topik Al-quran. 

Baru-baru nie kakak nieyl ada call, minta nieyl cari kan sekolah-sekolah tahfiz yang ada ambil pelajar untuk musim cuti sekolah bulan 11 dan 12. Dia nak hantar anak dia ke sana untuk belajar mendalami Al-Quran supaya cuti sekolahnya terisi dengan perkara-perkara yang bagus.

Jadi,sedang mencari pusat-pusat tahfiz tadi terbaca tip untuk mendidik anak-anak mencintai al-Quran.
  1. Ibu dan ayah mesti rajin mengaji
  2. Dedahkan anak-anak melihat video surah-surah al-quran
  3. Perdengarkan bacaan ayat al-quran
  4. Ceritakan kisah-kisah dari al-quran
  5. Belikan al-quran khas untuknya
  6. Ajar baca surah sebelum tidur
  7. Beritahu anak-anak,al-quran menjadi teman dalam kubur
  8. Al-quran adalah mukjizat terbesar
Bersama- sama kita mendidik diri kita bersama anak-anak mencintai al-quran. 



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. kadang, kita terlepas 8 perkara tu kan? sebagai ibubapa, kita memang nak yang terbaik untuk anak-anak kita. tapi kalau kita nak mereka jadi yang terbaik, kita kenalah jadi yang terbaik dulukan.. terima kasih atas perkongsian ini ya!

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. Subhanallah super nice tip..sebaiknya bermula dr kandungan lg kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)