21 October, 2016

Mangga Telur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mangga Telur | Hari ini first day masuk opis baru,so..baru 50% mengemas barang yang sedia ada,tu nanti nieyl cerita dalam entry lain ya... Nieyl tak tahu nama spesifik buah nie tapi nieyl tahu orang kata nama dia mangga telur atau pelam telur. Dulu masa zaman kanak-kanak, biasalah duduk kampung kan..kalau tak marayau satu kampung bukan budak kampung lah, panjat memanjat ni dah tak heran dah,dulu dekat area rumah nieyl tu ayah suka tanam pokok-pokok buah. Seingat nieyl ada pokok rambutan, pokok pulasan, pokok durian, pokok buah mata kucing, pokok durian belanda,ha..itu jela yang nieyl sempat jumpa dalam kawasan rumah nieyl. 

Nieyl share nie itu cerita 23tahun yang lalu ya, jangan tanya sekarang ada lagi ke idak..Jawapan dia tak ada dah. Sebab sekarang nie kawasan rumah tu dah penuh dengan rumah anak-anak mak ayah. Weekend lepas, nieyl singgah rumah pakcik nieyl nak bagi kan kad jemputan kahwin sepupu nieyl.. Lepas tu dia bagi satu plastik mangga telur nie yang masak-masak. Nampak tu?sedap kan..hihihi


Kalau nak makan buah mangga telur nieyl, tak best kalau kupas kulit guna pengupas. Nieyl suka guna gigit...baru ada feel..eyer...betul..kecik-kecik macam tu lah kita orang makan buah mangga telur nie tau..wah!rindunya la zaman kanak-kanak dulu.

Apa kenangan yang korang ingat masa kecik dulu?ada tak panjat-panjat pokok ni bagi perempuan la..lelaki kalau tak main panjat pokok macam pelik je bunyi ye kan..hihihi.. share la...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Sedapnya..
    Lama akak cari mangga ni nieyl.
    Seingat akak masa mengandung anak pertama..
    Sampai sekarang tak jumpa..
    Nabilah pun dah 14 tahun huhhu

    ReplyDelete
  2. Sesekali jumpa tentulah sedap.
    Buah ni isinya sikit aje. Biji aje yang besar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)