28 February, 2025

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

by on February 28, 2025

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe | Lepas check in hotel, solat dan berehat sekejap pukul4 kitaorang keluar ke Pantai , niat di hati ni nak bawa family nieyl tengok sunset dekat situ. Sebab sunset dekat sini memang cantik, masa nieyl pergi tahun lepas memang rezeki dapat rekod dan dapat tengok sunset. 

Untuk kali ini kita hanya merancangan tetapi Allah yang menentukan. Cuaca di JB hari tu sangat-sangat tidak cerah ya, dia hujan sekejap, mendung, gerimis. Jadi, memang tak nampak matahari pun timbul. Tapi bersangka baik, mungkin kejap-kejap lagi kot, sambil tu kiteorang order makanan..jom tengok 

Onion Ring tak tahulah dia pakai tepung apa, kejadian dia sangat cantik

Yang ni kiterang beli set semua benda ada dalam satu talam senang nak makan. 

Ayam goreng padu dan sedap, actually ayam dia besar tau, puas gak la makan..

Makan rojak buah sambil santai tengok laut

Nieyl kalau tak bergambar tak sahkan, wajiblah dah sampai negeri orang ni kan, bukan senang nak pergi. Lagipun nieyl suka pemandangan pantai yang sangat tenang. 

Anak buah nieyl paksa ambil gambar dengan sotong tak ada kepala ni hahaha..nasib baik cantik nampak pemandangan pantai tu kan.

Lepas bergambar, kitaorang decide untuk balik hotel, berehat dan kita akan keluar makan malam pukul9 sebab kita dah booking restoran pukul9 malam..Nak tahu ke mana nieyl pergi makan, next entry nieyl share okayyy...

26 February, 2025

Good Morning

by on February 26, 2025

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
nieyl tak sempat nak breakfast lagi..
sbb pagi ni tolong wani settelkan surat..

lepas tu settelkan dokumen2 yang nak bagi boss sign tengah hari ni..
Layan agensi last minit nak buat pendaftaran majlis esok..

Rasnaya macam nieyl kena buat IF hari ni hehehe..

Happy working.

25 February, 2025

Stay di Amari Hotel Johor Bahru

by on February 25, 2025

Stay di Amari Hotel Johor Bahru | Lepas dah kenyang makan nasi kenduri, nieyl terus gerak pergi ke Johor Bahru untuk check in hotel, hotel lagi?aah..kali ni hotel lain pula sebab nak bermalam dekat Johor Bahru. Biasalah bila dah sampai Johor Bahru ni akan nampaklah bukit istana serene ni, ini kali kedua nieyl jejakkan kaki dekat Johor Bahru, soo tahu la sikit-sikit jalan dekat sini. Kebetulan kali ini bawa family, so bolehlah awak pergi mana-mana tempat yang nieyl dah pernah pergi.

Cuma hari sabtu tu, cuaca dekat JB ni tak mengizinkan gerimis, hujan, mendung je. Tapi tak apalah kita pergi mana yang boleh je nanti. Ok jom nieyl nak share suasana hotel kedua nieyl menginap dekat JB ni.
Loading barang dari kereta di aras 1, nanti akan ada trolly boy tolong bawakkan barang-barang kita. Kereta pun kitorang guna parking valet je sehari rm60. Sebab bawa mak, mak tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat.. Untuk urusan check in kena baik tingkat 6..Dekat situ lah lobi hotel..

Lobi dia sangat cantik dengan deko-deko warna warni. Dan banyak je tempat duduk menunggu yang disediakan oleh hotel. 

Ini bahagian cafe kalau nak beli apa-apa makanan dan duduk santai situ pun boleh juga. Tapi masa nieyl sampai tu tak ada orang pun dekat situ. 

Nieyl ada snap papan menu dia dan harga sekali, kalau-kalau ada yang nak letak minum coffee dulu..

Kitaorang ambil 3 bilik. 2 bilik adalah connecting room dan nieyl sebilik dengan mak nieyl, kakak nieyl dengan anak perempuan dia dan 1 bilik lagi untuk 2 orang lelaki (tunang anak buah dan abg ipar nieyl) 
ada disediakan meja untuk buat kerja dan juga sofa single untuk bersantai-santai dalam bilik sambil tengok tv.
Dalam almari disediakan baju Mandi, iron, selipar hotel, hairdryer dan bag laundry. Tapi nieyl tak gunapun semua tu, sebab nieyl guna bilik kakak nieyl punya je iron hahaha

Toilet dia sangat bersih, banyak tuala di sediakan, tuala mandi, tuala muka, tuala rambut pun ada. 
Ada tv juga, semestinya nieyl buka untuk tengok channel apa yang diaorang kasi. Kebetulan AXN tu ada, nieyl buka bagi mak nieyl tengok. Mak nieyl suka ya tengok AXN punya channerl lagi-lagi kalau drama siasatan. 
Special yang ada dalam bilik hotel ada meeting coffee. Apa lagi habis kiteorang buat air coffee hahaha, rasa macam nak beli 1 untuk letak dekat bilik opis nieyl je tau
Nieyl sempat singgah Gym dia, Ya Allah seronoknya nieyl layan treadmill 30 minit memang berpeluh-peluh, mulalah otak tu cakap nak beli juga la letak dekat rumah haahaha..tapi dah tahu dah husband akan cakap apa hahaha

Untuk breakfast sorry, nieyl tak snap gambar pun sebab breakfast dia macam syurga makanan. Penuh dengan makanan. Sampai nieyl tak tahu nak start tadi mana hari tu, nieyl ambil semua portion sikit-sikit tapi nieyl rasa 75% makanan yang ada dekat hotel tu hehehe..

Next, kalau turun JB bolehlah stay dekat sini memang berbaloi.. Nak bagitahu korang niii, sebenarnya nieyl singgah Johor Bahru ni ada sebab tauu..hahaha..korang rasa apa?nanti nieyl sharee
































 

Makan Lauk Kenduri Kahwin Kluang

by on February 25, 2025

Makan Lauk Kenduri Kahwin Kluang | Inilah tujuan asal ke kluang tu, nieyl ikut kakak nieyl pergi kenduri kahwin sepupu abg ipar nieyl. Wow! first time nieyl pergi kenduri kahwin ada macam-macam jenis lauk. Kalau kenduri belah-belah selangor ni lauk kenduri yang biasa ayam masak merah, pajeri nenes, daging hitam dan lain-lain yang dah sebati dengan kenduri kahwin kan..

Yang kluang ni tetiba ada lauk kerabu ulam, ikan keli masak sambal cili api, lepas tu daging dia tu nieyl tak sure masak apa tapi sedapp dok ohh.. Kemudian ada banyak jenis kuih muih dan yang sedap buah jambu letak serbuk asam tu, itu yang paling laku dari buah oren. 

Lepas selesai makan kenduri, kita bergerak terus ke Johor Bahru untuk check in Hotel. Ha nak tahu hotel mana nieyl stay dekat JB..next entry okayy..

Stay dekat Kluang Container Hotel

by on February 25, 2025

 

Stay dekat Kluang Container Hotel | Hari jumaat lepas, pukul8 lebih tu nieyl dan family bergerak ke Kluang Johor dengan menaiki satu kereta sahaja. Kali ni nieyl pergi dalam 7 orang, nieyl naik kereta vellfire tu yang boleh sumbat 7 orang tu. 

Nieyl sampai hotel malam tu pun dekat pukul1 pagi jugalah sebabnya dekat seremban tu jem teruk, berhenti kereta pun dalam 2 kali cmtu. Cuma agak rugilah sebab kita check in lambat, kalau ikutkan check in pukul3 petang. Jumaat tu nieyl kerja, ada kerja yang perlukan nieyl dekat pejabat hari jumaat itu yang kena gerak malam tu.

Jom nieyl share hotel yang nieyl menginap jumaat malam. Actually hotel ni memang booking untuk sehari sahaja. Sebab tujuan asalnya ke johor ni ada wedding, dah alang-alang tu kita pergilah jalan-jalan dekat Johor Bahru. 

Kitaorang booking 2 bilik , satu bilik untuk perempuan dan satu bilik lagi untuk lelaki. Specailnya bilik ni, buka pintu je dah boleh terjun dalam pool dah, ini kalau ada anak-anak ni memang suka lah kan. Pool yang depan bilik nieyl ni lebih kepada dewasa dan ada satu lagi pool khas untuk budak-budak. 

Setiap bilik akan dapat 2 katil Queen sesuai untuk 4 orang dalam 1 bilik untuk dewasa. Keluasan dia sama dengan size kontena biasa. Laluan tu pun ngam-ngam je hihihihi. Biasa hotel 1 aircond je kan, dalam bilik ni dia bagi 2 aircond ya memang betul-betul nak bagi beku hahaha. 

Toilet bersih dan sederhana. Kelengkapan sama macam hotel-hotel lain sediakan. Cuma kedudukan toilet ini adalah di tengah-tengah antara sofa dan katil.
Untuk nampakkan ruang  bilik ni besar, owner hotel ni letak cermin besar untuk kita bersolek dan atas meja yang sama di letakkan air, cawan dan sebagainya.. 
Dalam bilik ni juga disediakan sofa panjang , Tv, iron board dan juga meja kopi. Sofa tu tu juga boleh jadi tempat tidur juga. 

Bahagian depan pool tu adalah ruang kalau ada yang nak masak ke, nak buat BBQ ke ataupun jamuan.

Pagi tu disediakan breakfast. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih sikit, roti dan kari ayam. Air panas dan air sejuk pun ada disediakan.

Lepas perut masing-masing dah kenyang makan, terjun dalam pool. Pagi tu memang tak ada orang lain dalam pool selain kteorang je. Gambar di atas ni cubaan nak masuk dalam air terjun tu tapi tak berjaya..Takut lemas hahaha..mampu duduk belakang air terjun tu je..jadi lah bergambar kan hehehe.. So, kalau korang nak bawa anak-anak santai-santai mandi pool, boleh try sini..best..

Kluang Container Hotel Sdn. Bhd
Lot 10943, Jalan 2, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim

Good Morning

by on February 25, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Subuh tadi nieyl buka wasapp..
Syida share berita yang nenek dia dah meninggal dunia petang semalam..
innalillahiwainnailaihirojiun..
Mari kita sama-sama sedekahkan Al fatihah untuk arwah nenek syida..
Semoga arwah nenek syida ditempatkan bersama-sama orang beriman..
semoga segala urusan syida dan keluarga dipermudahkan..Amin...

Terima kasih yang sedekahkan Al fatihah..



 

24 February, 2025

Good Morning

by on February 24, 2025


Assalamualaikum..
selamat pagi isnin...
Hampir-hampir bangun lewat pagi ni nieyl..
Nasib baiklah terdengar bunyi alarm telefon..
Malam tadi nieyl sampai rumah dah JB dalam pukul10.30 malam..
nanti nieyl share aktiviti weekend lepas nieyl..

Pagi ni cari coffee terus sebab takut terlelap di pertengahan pagi kang..
hahaha..
Happy working semua...

 

21 February, 2025

Sambal Telur Puyuh Campur

by on February 21, 2025

Sambal Telur Puyuh Campur | Weekend baru ni nieyl pergi pasar nak beli telur ayam lepas tu ternampak telur burung puyuh ni. Nieyl suka makan tapi kadang-kadang kebuntuan nak masak apa telur comel ni. Kebetulan lalu fyp dekat Tiktok nieyl sambal telur puyuh ni kan, terus balik pasar nieyl masak. 


Bahan-Bahan
  1. Telur Puyuh ( rebus dan kopek kulit)
  2. Ikan bilis ( digoreng garing, ketepikan)
  3. Kacang panjang ( digoreng sekejap, ketepikan)
  4. Cili besar merah ( dikisar)
  5. Bawang Besar (dikisar)
  6. Bawang putih ( dikisar)
  7. Cili kering ( dah dikisar)
  8. garam
  9. Gula

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan dikisar
  2. Tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan garam, gula secukup rasa
  4. Masukkan telur, kacau-kacau, tutup api
  5. Masukkan kacang panjang dan last skali ikan bilis rangup..gaul sebati dan siap!

Selamat Mencubaa!



 

Good Morning

by on February 21, 2025

Assalamualaikum...
Salam Jumaat..
Jangan lupa surah Al khafi ok..

Pagi ni terpaksa menderhaka pada diri la..
nieyl terpaksa minum coffee pagi ni sebab need extra energy pagi ni..
Kena follow up (call) agensi yang tak bagi² maklum balas kehadiran..
adoi la..tarikh akhir 18/2, tapi last day kita call hari ini la..

Sebab lepas ni kehadiran kena serah ke team lain pula..
untuk tentukan tempat duduk..
masalahnya, call ada je yang tak berjawab sampai ke sudah...
hahaha..sabar jela urusetia ni kan..

Ok la doakan urusan nieyl pagi ni dipermudahkan ya..

 

20 February, 2025

Good Morning

by on February 20, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Weekend ni nieyl akan ke kluang dan JB..
Ada wedding lepas tu makan angin sekejap..
Nieyl pergi dengan family kakak nieyl..
husband nieyl tak ikut sebab dia kena kerja hari sabtu..
Jadi, nieyl pergi dengan family kakak..

Ini kira kali ke-2 la nieyl pergi belah JB..
kenduri dekat kluang tapi yela dah alang-alang tu kan..
kita naiklah sikit ke JB tu..

so, skrg tgh buat itinerary simple -simple 
yela nak bawa jalan-jalan orang besar ni lain sikit..
kalau orang muda banyak aktiviti kita boleh buat hehehe..

Ok hari sambung follow up call kementerian yang tak update lagi kehadiran..

Happy working
 

19 February, 2025

Yeay!dah beli tiket flight dah

by on February 19, 2025

Yeay!dah beli tiket flight dah | Semalam dekat lobi ada jualan tengah hari, nieyl pergilah dengan syida. Nieyl beli popia otak-otak je. Lepas tu duduk dekat workstation syida sambil sembang-sembang. Kiteorang sembang sambil wasap dengan afika. 

Lepas tu saja cakap dengan syida , nieyl kena postponed date pergi Terangganu. Sebab date tu terkena dengan date majlis bertandang belah lelaki anak buah nieyl tu. Lepas tu cakap dengan syida cuba tengok date lain sebab syida bulan 8 tak boleh sebab dia sekeluarga nak pergi SABAH. 

Okla kita tengok bulan 9, lepas tu syida check harga tengah murah RM39 tiket pergi dan RM69 tiket balik ,apa lagi cakap dengan afika..Dia pun setuju, kebetulan masing-masing memang dah simpan duit flight, terussss kitaorang beli jadi seorang hanya RM108 sahaja Allamdulillah murah la kan. InsyaÁllah nieyl pergi 4 hari 3 malam. 

Kenapa nieyl pilih untuk naik flight ke Terengganu, sebab nieyl nak jimatkan tenaga dan masa. Lagipun kebetulan flight lagi murah kan, jadi kita pilih benda yang menyenangkan hihihi..Now, flight dah settel, lepas raya nanti baru kita plan cari homestay ke hotel.

Terengganu belum settel lagi, masing-masing dah fikir plan tahun 2026 pula ada yang nak g KOREA, CHINA laa hatyai la..hahaha...kasi settel satu satu ya...

 

Alamak..kembar lah

by on February 19, 2025


Pagi tadi nieyl nak buat telur dadar untuk bekal lunch..
pecahkan telur..eh..eh..kembar..
Kalau benda berkembar ni MITOS dia dapat anak kembar ya..
Rezeki dapat satu papan telur, semua kembar..

 

Good Morning

by on February 19, 2025

Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
nieyl ni jenis kalau breakfast memang akan minum air kosong..
cuma kan semalam breakfast, bancuh air coffee..
sampai ke petang mata ni segar hihihi..
menguap pun tak hari ini tau..

Lepas tu nieyl cover balik minum air kosong dengan banyak ya..
masa minum tu tak sedar diri, teguk..teguk hahaha..
dah habis baru nak menyesal ko nieyl ...

Pagi ni nieyl nak sambung call agensi untuk
follow up kehadiran bos-bos ke majlis jabatan nieyl next week..
Semalam dah separuh nieyl call, pagi ni nieyl nak call lagi separuh..
Doakan Dipermudahkan urusan kerja nieyl ya..

Happy working..

 

18 February, 2025

Bekal BreakfastTertinggal

by on February 18, 2025

Bekal BreakfastTertinggal | Pagi ni nieyl bangun awal sebab nak siapkan bekal-bekal pergi kerja. Lepas tu teringat ex-boss ada bagi keropok lekor terengganu, nieyl pun goreng 3 batang , 2 batang untuk bawa bekal pergi kerja, dan satu batang tu goreng tinggalkan dekat rumah. Dah goreng letak dalam bekas, siap sos semua, nieyl letak dekat dapur sebab tak nak dia kena kipas nanti sejuk. 

Alih-alih kan sempai pejabat kononnya nak breakfast ringan lah pagi ni, punah harapan tau sebab bekal breakfast tertinggal dekat dapur..aduhai...geram dengan diri sendiri. Sudahnya...kenalah turun ke cafe beli makanan breakfast sebab lapar. 

Balik dari cafe, terus pergi pantry bancuh coffee untuk segarkan mata yang asyik mendung je macam cuaca dekat luar tu hihihi. 

Nieyl beli kuey tiow goreng sikit, sambal kerang dan paru sambal RM3.50 tadi Tiba-tiba rasa eh murah pula..hihihi...
Lepas tu nieyl beli pisang goreng ngan keledek goreng rm3..Ok la buat kudapan sebelum lunch nanti.
Korang dah breakfast ke?breakfast apa pagi ni?
 

Ex-Boss Datang Rumah

by on February 18, 2025

Ex-Boss Datang Rumah | Weekend baru ni dalam lepas zohor macam  tu, ex-boss nieyl yang baru bersara bulan 1 whatsapp tanya nieyl ada dekat rumah ke tak?and nieyl jawab ada je..dia cakap dia nak pergi kenduri lepas tu plan nak singgah rumah nieyl, nak hantar labu dan keropok lekor. 

Besarkan labu tu, ha..labu ni hasil kebun suami ex-boss nieyl. Suami ex-boss nieyl ni dulu pernah bekerja satu department dekat nieyl rasanya tahun 2009. Rumah ex-boss nieyl tak jauh pun dari rumah nieyl rasanya adalah dalam 5 or 6km je..Jadi, memang boleh je jumpa bila-bila. Cuma tak sangkalah walaupun dah berpencen masih ingat lagi dekat PA dia ni kan..

Hari kejadian tu, nieyl pun bagi ex-boss nieyl karipap frozen sebungkus untuk buat breakfast ke minum petang. Alhamdulillah, ada juga orang yang ingat kita kan...



 

Good Morning

by on February 18, 2025

Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
lebih kurang 2 minggu je lagi kan kita nak masuk bulan Ramadhan kan..
whatsapp group pun dah mula orang jual kuih dan biskut raya ni..
boleh dikatakan setiap hari ada je orang iklan dalam group tu..

Tahun ni sama juga projek raya nieyl akan diteruskan..
Semoga tahun ni lebih dimurahkan rezeki..

Happy working semua



 

17 February, 2025

Curi masa pergi tengok dewan wedding

by on February 17, 2025

Curi masa pergi tengok dewan wedding | Hari sabtu tengah hari ada kenduri doa selamat dekat rumah kakak nieyl, dalam pukul2.30 tu curi masa sikit pergi Meet & Greet dewan wedding untuk anak buah nieyl yang nak kahwin insyaÁllah bulan 7 nanti..

Awal tahun aritu dah pergi masa EXPO kahwin, dah tengok dah hall dia semua, tapi masa tu harga dia wow!tercekik juga hahaha. So, kita try cari hall lain yang kena dengan bajet kita. Bulan februari ni ternampak iklan promo hall yang nieyl tengok masa EXPO kahwin tu. Untuk Promo ni dia beri potongan lebih dari 10K lebih..

Serius memang banyak beza, so..pergilah untuk food tester dan juga nak tengok hall tu sekali. Bila bincang punya bincang, Alhamdulillah..nieyl dengan kakak nieyl decide kita nak hall ni, sebab jemputan kakak nieyl pun tak ramai, so hall ni just nice la untuk 500 pax. Pakej hall ni dia lengkap dengan catering, pelamin, PA system, lepastu pelayan semua di sediakan. Tempat dia pun sangat cantik dan sejuk hihihi..

So, kita dah bayar deposit untuk booking dan lock date. Selebihnya sebelum majlis nanti diselesaikan. Lepas raya nanti kita akan ada sesi food testing sekali lagi dan final deco pelamin yang terbaru siap insyaÁllah. Alhamdulillah, satu benda besar dah selesai, lepas ni kita fikir benda lain pula kan..

Terasa macam diri sendiri yang nak kahwin ni mcner ni hahaha....

 

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik

by on February 17, 2025

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik |  Lepas check out hari tu, nieyl sekeluarga singgah makan lunch dekat Kafe Olla. ini kafe milik umi kepada anak buah nieyl. Memang excited sangat nak pergi sini sebab nak makan ikan patin. Kalau dah sampai pahang daerah mana pun wajib ler makan ikan patin kan. Dekat kafe ni paling di cari pelanggan adalah ikan patin tempoyak dan ikan talapia goreng. Harga dia korang boleh tengok dekat gambar atas yang nieyl share tu. 

Kafe Olla ni memang sentiasa ada customer, kafe ni terletak betul-betul tepi jalan memang menjadi tempat orang berhenti makan lunch. Selain tu dia ada je menu masakan lain macam kedai-kedai biasa tu, cuma yang paling popular ikan patin tempoyak dan ikan talipia yang kita order baru dia goreng. Makan panas-panas dengan sambal colek tempoyak pergghh...sedappp..


Hari nieyl makan nasi putih, salad, sambal colek tempoyak, ikan patin tempoyak dan fav nieyl ikan patin goreng. Sedap betul lah kebetulan memang pergi time perut lapar nasi hehehe.. Ikan patin tempoyak dia memang rasa ori tempoyak dan warna dia pun original ya..tak ada letak kunyit² ni hehehe..Paling nieyl suka ikan patin goreng panas-panas tu, dah habis order satu lagi hehehe...

Kalau korang ada ke belah-belah Janda Baik tu bolehlah singgah makan sini okay..