30 December, 2025

Happy birthday kak emmy

by on December 30, 2025

Hari ini selain birthday ayah nieyl..
hari ni juga birthday kak emmy..
kira kalau dekat ofis ni, kak emmy antara orang yang sangat close dengan nieyl..
kerana banyak makan semut , nieyl kelupaan birthday kak emmy..
nasib baiklah semalam sempat nieyl order special kek untu birthday kak emmy..
kek yang simple, cute dan sedap..




Tadaa...cute kan?khas untuk kak emmy..

Semoga kak emmy sentiasa dimurahkan rezeki..
Diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Love u kak emmy...

Good Morning

by on December 30, 2025



Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Hari ni birthday ayah nieyl..
Birthday yang ke 77 tahun Alhamdulillah..
Semoga ayah nieyl sentiasa dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik..
dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t
Aamin..

29 December, 2025

4fingers for lunch

by on December 29, 2025


Bila tak rasa nak makan nasi time lunch..
Kita makan ringan-ringan je..
ringan ke tu hahaha..
kita makan dekat 4fingers ..
sesekali ratah ayam macam tu pun sedap..
bulan ni rasanya dah 2x repeat makan 4fingers ni...
kentang macam biasa boleh order ori ataupun letak seaweed..
ayam biasa nieyl ambil spicy ..sedap!


 

Ada orang belanja pergi SPA

by on December 29, 2025

Ada orang belanja pergi SPA | Sweet betul adik ipar sorang ni. Ingatkan bagi gift box je rupanya diam-diam dia dah booked SPA untuk 3 kakak dia ni. Sehari selepas majlis memang jujur cakap memang penat ya walaupun buat di dewan. Balik dari dewan hari kenduri tu, dah petang kepenatan jangan cakap lah mana ada duduk sepanjang majlis. Kaki ni rasa macam dah tak rasa apa dah, balik bersihkan make up, mandi, solat konon nak tidur sekejap sebab penat sangat sekali sedar..hihihihi...jangan tanya pukul berapa ye.. tak elok dicontohi..

Esok harinya adik ipar ada bookedkan SPA untuk nieyl dan 2 orang lagi tu berehat. Kita ambil pakej facial dan massage head and shoulder. 

Pakej yang adik ipar nieyl ambil ni ambil masa dalam 45min. Ya Allah walaupun 45 min sangat best lena tidur ya..kalau ikutkan hati nieyl kalau ada massage full body dekat SPA tu nieyl dah add on dah. Tapi tak ada..tak apalah , bersyukur dengan apa yang ada nieyl oi..

Selesai SPA , duduk santai seketika sambil melihat decoration SPA ni walaupun simple tapi menenangkan..

Sambil-sambil minum teh yang disediakan tu, sempat juga lah membelek pakej-pakej SPA yang ada. Kalau tengok tak adalah mahal sangat semuanya bawah Rm200. Oh ye lupa pula nak cakap nama SPA ni The Coconut SPA Cyberjaya.  Area Cyberjaya ni banyak SPA-SPA best juga, kena rajin explore kadang-kadang dapat harga yang sumpah berbaloi-baloi..

Start My Day with Bismillah

by on December 29, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi isnin..
tinggal lagi 3 hari je lagi nak melangkah ke tahun 2026..
pagi ni dekat ofis adalah dalam 10 orang bekerja di level nieyl..

Esok nieyl last day nieyl bekerja di tahun 2025...
Rabu nieyl cuti..Insya'Allah akan naik kerja semula bulan Januari..
Berapa hari bulan masih belum tahu lagi...

Hari ni ada yang bekerja ke?
Atau ada yang sambung cuti lagii...

26 December, 2025

Eco Shop Baru

by on December 26, 2025


Tadi lunch nieyl pergi makan dekat tamarind Square..
Makan dekat 10 pot ( grill & steamboat)..
Lepas dah makan tadi ternampak pula ada Eco Shop baru buka dekat situ..
So, saja jela singgah cuci mata la kononnya..
kedai baru kan, lepas tu ternampak la pula cermin meja ni..
color pink hihihi..jadi, terus ambil la kita...
Tak boleh la tengok warna pink ni..
dia ada tarikan magnet yang kuat hahahaha..
Alasan nak membeli sebenarnya tu kan hahaha

 

Celebrate Birthday Putri

by on December 26, 2025

 

Celebrate Birthday Putri | Inilah dia Putri kesayangan maklong , kalau belah husband anak-anak buah panggil nieyl, maklong..Belah husband nieyl ada 4 orang anak buah, Adam, Putri, Ellsa dan Eric.. Sehari selepas majlis kahwin adik ipar nieyl, kitaorang berkumpul ramai-ramai di homestay sebab isnin tu dieorang semua nak pergi splash Mania, nieyl dengan husband tak dapat nak join sebab tuntutan kerja. 


Rasa sekejap je Putri dah 8 tahun. Budak yang drama queen ni, kesayangan maklong. Nama Putri yang sebenarnya Putri Nursyakeera ellysha. 

Tengoklah dia mata dia pandang maklong dia hahaha...geram betul , dia ni penghibur hidup kalau jumpa memang kita kena dengar cerita dia. Siapa berani tak dengar, ha..siap ya..hihihi..Putri..Putri..

Menu ringkas untuk jamuan birthday advance Putri. Durian tu terlalu banyak sangat si adik beli , bila dah berumur ni kan nak makan banyak-banyak pun dah kuat dah. Macam nieyl durian boleh makan 3 ke 4 ulas je..Roti canai pun dah lama tak makan dah..

To Putri- Maklong doakan semoga Putri sentiasa dilindungi dan diberkati dan menjadi anak yang solehah untuk daddy dan mommy. Moga dah besar nanti kurang drama ya dik hehehe..Maklong love u..




Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

by on December 26, 2025


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
level nieyl hari ni sangat sunyi sepi ya...
ramai yang sambung cuti sampai weekend..
Tadi nieyl sampai adalah nampak 3 orang je yang ada...

Bos nieyl pun tiga-tiga cuti hari ini..
jadi, PA close door lah hari ini hehehe...

Ada yang kerja ke hari ni ?
kita geng tak cuti hehehe...

Happyyy working...

 

24 December, 2025

First Time Makan di Sopoong

by on December 24, 2025

First Time Makan di Sopoong | Siapa suka makan makanan korea?kita tak geng hahaha..senang nieyl bukan pengemar makanan korea yang sejati tapi semalam di wanie ni ajak pergi makan dekat Sopoong. Dengan lapang hati, nieyl onz je lah sebab semalam last day keluar makan ramai-ramai sebelum semua bercuti panjang. 

Orang yang tak reti makan makanan korea, kecuali ramen hahaha, jadi nieyl order jela ramen yang mungkin boleh makan dengan rasa beef dia tu kan. So far, boleh lah makan separuh je nieyl mampu makan selebihnya tak terdaya nak habis kan sebab ramen dah kembang hahaha.. Dia punya side dish tu nieyl makan kimchi sikit dengan salad kobis tu je.. Kalau pergi lagi, mungkin nieyl akan pilih nasi goreng cheese macam wanie tu kot..



 

Table Dessert

by on December 24, 2025

Table Dessert | Nieyl diberikan tanggungjawab untuk handle table dessert, semua peralatan dan bekas tu semuanya under nieyl. Kalau ikutkan gambaran yang nieyl nak buat lebih besar cuma dessert yang ada tiada banyak jadi kita cuba buat seminimum yang boleh. 

Antara dessert yang ada cheesetart yang nieyl order dengan kawan nieyl. Karipap sardin dari kakak nieyl dan kopi pulut hitam dan koci labu. Nieyl beli bekas yang sekali dengan net supaya senang nak tutup nanti.

Cupcake cute tu nieyl order dengan kawan nieyl juga dan kek coklat yang sedap pun sama.Dan kuih koci niey letakkan dalam bekas rotan yang comel dan ada kuih cara berlauk tapi sampai lambat hihihi...

Untuk cupcake ni nieyl tak order banyak pun sebab untuk nampak seri warna tu. Nieyl order 25 cups.

Ok ini final look bila semua dah siap, actually kan dessert table kalau nak lagi lawa warna kuih muih tu jadi peranan yang sangat penting. Tak apa la, untuk wedding anak buah nieyl tahun depan, kita buat lagi okay....

Good Morning

by on December 24, 2025



Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
hari ni mesti ramai yang last day kerja minggu ni kan..
esok cuti umum, ambil cuti jumaat..
dapatlah direct 4 hari..

Nieyl jumaat insyaÁllah bekerja seperti biasa..
tapi sure mesti sunyi je ofis jumaat ni kan..

Happy working semua...

 

23 December, 2025

Syukur Alhamdulillah

by on December 23, 2025

 

Syukur Alhamdulillah | Tanggal 20 Disember jam 10.20 pagi adik ipar nieyl sah bergelar isteri. Lega hati kami adik beradik ni bila kini adik dah ada orang jaga dia. Adik tidak lagi keseorangan selepas ini. Kalau yang baru baca blog ni, nieyl tiada mak dan ayah mertua lagi mereka telah meningggal dunia beberapa tahun yang lalu. 

Segala persiapan perkahwinan adik ipar ini di uruskan sendiri oleh kami adik beradik. Majlis kenduri pun kami tak jemput ramai orang , kami jemput sedara mara , kawan-kawan adik dan juga jiran selorong je. Kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Nikah di masjid dan majlis makan-makan kita buat di dewan.

Inilah family belah husband. Dia ada 4 orang adik beradik. Husband anak yang pertama, dan sebelah husband tu no. 2 dan sebelah nieyl tu no. 3 dan bongsu yang jadi pengantin. Anak buah setakat ini ada 4 orang..
Dari kawan , kini keluarga...siapa sangka jodoh semua rahsia Allah kan.

Sorry tak banyak sangat gambar, sebab tuan rumah kan. Memang mengharap gambar orang share je la dan tunggu offical gambar dari photographer. Nak tengok tak dessert table nieyl?next entry ya...

SEGMEN REFRESH BLOGLIST 2026

by on December 23, 2025


Klik Banner untuk Join.

Mudah sangat syaratnya..

1. Buat entry tentang segmen ini
2. Letak gambar banner diatas ni dekat entry tu dengan backlink ke entry ini
3. letak link post korang dekat komen entry ni..

Segmen ini berakhir pada 26 Disember 2025

Final Look Untuk Majlis Perkahwinan Adik Ipar

by on December 23, 2025

 

Final Look Untuk Majlis Perkahwinan Adik Ipar | Bangun-bangun pagi je terus buka tirai bilik menghirup udara yang sangat segar pagi tu. Di kelilingi pokok hijau, bunyi air dan cahaya matahari terbit. Nieyl suka vibe-vibe macam ni, kalau dapat hari-hari pun tak apa. 


Untuk wedding adik ipar ni, nieyl memag request hire MUA untuk make up nieyl, wah!mengalahkan pengantin siap ada MUA lagi. Hahaha! ada bajet sikit boleh lah kan nak melawo sesekali apa salahnya. Untuk make up nieyl, MUA nieyl datan hotel 6.30 pagi ya untuk start make up nieyl dan selesai dalam pukul 8 lebih kurang. Actually, nieyl dah repeat dengan MUA ni 2x sebab nieyl suka make up dia simple, tak tebal dan natural je. Yang paling penting , make up dia tahan sampai ke malam sis, tak ada cabuk ke apa..love sangat! So, MUA ni nieyl dah lock dia untuk apa-apa event nieyl akan datang. 

Ini Final look nieyl untuk majlis perkahwinan adik ipar. Dari bawah ke atas semuanya dari TikTok Shop ya..Untuk baju tu girls pakai baju yang sama actually baju ni dia nampak macam kosong kan tapi sebenarnya dia ada corak timbul dan masing-masing kena design sendiri lah kalau nak nampak lagi cantik. Ha..untuk nieyl yang jenis simple ni nieyl pilih untuk letak manik di bahagian lengan laju je..

Zoom sikit manik yang nieyl tampal dekat lengan tu..
cantik takk?

















22 December, 2025

Malam Berinai Di Hotel

by on December 22, 2025

 

Malam Berinai Di Hotel | Pembukaan cerita majlis perkahwinan adik ipar bongsu nieyl dengan malam berinai. Malam berinai di buat pada hari jumaat malam sabtu. Girls semua pergi ke Cyberview Resort untuk join berinai. Gambar dekat atas ni turn nieyl pakai inai, seperti biasalah nieyl suka design bunga dan simple je..dua belah tangan rm20 dan kalau sekali dengan kuku tambah rm10 lagi. 

Meriah sesi berinai ni, moment macam ni bukan selalu dapatkan. Tangan-tangan yang telah di inaikan bukan main masing-masing dengan design yang dieorang nak. Yang meriah tu tangan pengantin. 

Adik ipar bongsu buat surprise dengan memberikan kami bertiga kotak bridesmaid. Sweetnya, dalam kotak tu ada baju , perfume, lipstik, G2G skin tin dan juga brooch.

Selesai berinai, bergambar family yang lain balik ke rumah dan nieyl sorang je yang tinggal dekat hotel untuk teman adik bongsu sebab esok paginya nieyl kena jadi dia punya hijab stylist. Ok nanti nieyl sambung share lagi ok..

Good Morning

by on December 22, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi isnin...
Pagi ni nieyl macam agak lemau sikit lah..
sebab tak cukup rehat weekend ni..
malam tadi pun lewat sampai rumah..
Menguap pagi ni dah berkali-kali dah ni..

breakfast pun belum lagi ni..
kejap lagi nak pergi jalan teman wanie pergi cafe..
nak ambil udara luar..

Happy working semua...

 

18 December, 2025

Good Morning

by on December 18, 2025



Assalamualaikum...
Selamat pagi khamis..
Pagi ni masih lagi hujan rintik-rintik dekat luar..
rasanya dari semalam tak berhenti...

Pagi ni nieyl betul-betul nieyl geram dan spoil mood pagi nieyl..
Biasalah kalau pergi kerja tu keadaan jalan tu memang jem dan orang bawa slow..
Dah lah tadi nieyl lagi 200 meter nak buat pusingan U..
husband call, suruh patah balik ke rumah..
sebab kunci motor dia tertinggal dalam kereta...

Ya Allah..
masa tu kan nieyl memang angin satu badan...
tahu tak perasan nak merempuh jem pergi kerja?
nieyl kena harap 2x..

Sorry to say..
memang muka nieyl masam seribu hahaha...
geram sangat-sangat...

Tapi bila dah hantar tu, 
on the way pergi kerja tu dah cool dah la..
sebab nak kerja kan..
muka masam-masam nanti orang larii..hahaha..

Okla itu la selingan pagi ni ya..
happy working semua...

 

17 December, 2025

Teman Acue Pergi Fitting Baju Kahwin

by on December 17, 2025

Teman Acue Pergi Fitting Baju Kahwin | Hari sabtu lepas nieyl dan biras nieyl pergi teman adik ipar nieyl (acue) pergi fitting baju kahwin dia dekat Shah Alam. Majlis kali ni buat sederhana sahaja jemput jiran-jiran, keluarga dan kawan-kawan. Jemputan pun tak ramai dalam 250 orang. Jadi adik ipar memilih untuk buat dekat dewan je. Dewan yang menjadi pilihan sama dengan dewan nikah bella anak buah nieyl tu. 

( nieyl bersama anak buah nieyl belah husband Putri)

Task nieyl untuk majlis sabtu ni adalah pakaikan tudung pengantin untuk nikah dan settelkan table dessert. Untuk table dessert ni nieyl tak sewa ke apa, semua buat sendiri. Tak tahu lah jadi apo..next week nieyl share kejadian table dessert nieyl tu ok..

Tema baju majlis sabtu ni adalah lilac. Baju sedondon kosong tapi masing-masing kena kreatif lah nak bagi lawo baju tu. Macam nieyl simple je pasang manik tampal je , dan tudung nieyl suka pakai bawal jadi tudung pun nieyl tampal manik sendiri hahaha... Next week lah nieyl share okay...

Good Morning

by on December 17, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi rabu...
minggu ni boleh dikatakan setiap pagi hujan kan..
Nasib baiklah tak lebat sgt, tapi still drive slow-slow juga...
bahaya jalan raya pun banyak lopak air..
Air bertakung sangat bahaya kalau drive laju-laju...
semoga semuanya selamat sampai ofis hari ni..

Happy working..

 

16 December, 2025

Rayhana oo Rayhana

by on December 16, 2025


Aduh..aduh..
budak ni sekarang panjang akalnya..
mainan terbaru dia penyapu dan penyodok..
Setiap petang wajib singgah rumah nieyl dulu..
makan keropok dan main-main..
lepas maghrib baru dia balik...

Hari tu nieyl cakap dekat mommy dia..
jumaat balik lambat..suruh bagitahu rayhana..
terus buat muka sedih hahaha...

Geram kan..
sekarang ni dah pandai sebut perkataan..
Baba..
Mommy..
nenek..
kakak..
Air..
Dah..
Dap..
bird..
cat..

yang lain-lain tu perkataan tu tak berapa nak faham lagi dia sebut apa..
tapi kalau kita bagi arahan, dia faham..dia buat..
aduhai lepas ni kalau dia pandai bercakap siapalah mangsa mendengar tu hahaha..

happy working..

15 December, 2025

Happy Monday

by on December 15, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi isnin...
Ada yang dah monday blues ke pagi ni...
Harap semuanya Happy Monday lah yer...

Dah nak hujung-hujung tahun dah ni..
ada plan nak pergi mana-mana ke cuti nanti?
share la sini...

Happy working semua..

 

12 December, 2025

10 December, 2025

Indoor Game Suka-Suka Je

by on December 10, 2025

 

Indoor Game Suka-Suka Je  | Jumaat lepas kan nieyl ada share yang nieyl terlibat dengan game indoor tu kan. Hari ni baru nak share hehehe. Selalunya hari jumaat rehat panjang, ada yang keluar makan dekat luar, ada yang pergi shopping dan minggu lepas kita tak pergi mana-mana dan kebanyakkannya join program indoor game ni. Semua gambar-gambar ni dari camera urusetia ya..

Puzzle Stacking Cup

Susun Bongkah

Dam Ular Gergasi

Honey bee

Congkak

Ada dua lagi game Teng Teng dan Terup gergasi. Nieyl main honey bee masuk sampai semi final je hehehe..lepas tu kalah..tak ada rezeki.. Macam mana main honey bee ni, nieyl share video nieyl dekat bawah ya..korang pun boleh beli dan main dekat rumah dengan anak-anak seronok..
Masa yang berikan main honey bee ni adalah 2 minit..Nampak senang tapi mencabar tau, dalam berhati-hati tu kita nak kena cepat. Bila tak ada lunch biji bunga tu akan jatuh. 

Ini group nieyl mereka ni semua dulu bahagian lama nieyl hehehe. Masih bersama walaupun dah berbeza bahagian. Group nieyl kalah, walaupun kalah semua dalam hadiah yeay...
Inilah hadiah yang ada dalam beg tu. Barang makanan Alhamdulillah, ok la macam ni benda yang memang kita akan guna kan..Next time boleh lah join lagi program begini ... ♥