Menu Sahur dan Berbuka 1 Ramadhan | Assalamualaikum semua. Salam ramadhan, Alhamdulillah semalam kita seluruh umat islam didunia menyambut bulan ramadhan walaupun bersederhana kita tetap wajib melaksanakan kewajiban kita.
Wow!sejak PKP ni ramai yang menunjukkan bakat memasak di laman sosial, bersambung pula bulan ramadhan ,rata-rata share menu sahur dan berbuka. Pada nieyl bagus lah , boleh bagi kita idea nak masak apa bila tiba hari buntu.
Menu bersahur nieyl untuk 1st ramadhan simple je , sama seperti tahun lepas menu sahur nieyl tanpa nasi.
Untuk berbuka puasa pada hari pertama, kami adik beradik akan berkumpul ramai-ramai dan berbuka bersama-sama mak dan ayah. Cuma tahun ni, tak lengkap kakak dan adik nieyl tak dapat pulang ke kampung disebabkan PKP. Walaubagaimana pun yang ada ini kita teruskan seperti biasa.
Konsep sama juga seperti biasa ada 7 buah rumah di sekeliling rumah nieyl, jadi setiap rumah sekurang-kurangnya bawa 1 jenis lauk. Jadi, bila dah dikumpulkan makanannya jadi banyak Alhamdulillah.
Nieyl bersyukur kepada Allah sebab nieyl bertuah kerana adik beradik rumah sebelah-sebelah rumah sahaja dan mak ayah tinggal bersama nieyl. Musim PKP , ramadhan dan Insy'Allah hari raya nieyl masih boleh meraikannya bersama adik beradik dan mak ayah berbanding mereka yang mengalami kesukaran untuk bergerak ke kg dan ke mana-mana selagi PKP ini tidak habis.
Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan yang mulia ini, kita berdoa sama-sama semoga covid 19 ini terus hilang dari dunia terutamanya bumi malaysia dan kita boleh jalani kehidupan normal kita semula..Insya'Allah...
Selamat berpuasa semua..
huish, meriahnya lauk. seronok bila dapat berkumpul kan.. ^^
ReplyDeleteRamainya lauk pauk yang sedap2.
ReplyDeleteSeronok berbuka puasa reramai.
meriah tengok lauk, Alhamdulillah
ReplyDelete