Short Vacation 2020 Cancel | Kundasang oo kundasang kita tiada jodoh lagi nak ke temu nampaknya. Kalau ikutkan plan bulan 11 ni nieyl akan ke Sabah untuk vacation bersama keluarga mertua selama 6 hari. Tiket pergi dah pun diberi pada akhir tahun 2019 hari tu, tiket return nak beli bulan ni tetapi disebabkan virus covid 19 ini baru sahaja menyerang negara kita dan mustahil untuk clean dalam masa beberapa bulan ni dan juga nieyl tak berapa yakin untuk teruskan percutian ini sebab ia melibatkan keselamatan dan kesihatan.
Jadinya, kami sepakat untuk cancelkan percutian tahun ini sehingga covid 19 ini benar-benar bersih dari bumi malaysia. Kesihatan lebih penting sekarang ini dari keseronokan itu betul tak. Lagipun KKM sendiri pun dah maklumkan tempoh pemulihan mengambil masa yang agak lama mungkin setahun jadi, jangan sesekali kita ingkar ya..
Apa yang kerajaan lakukan ini, semua untuk rakyat, untuk kesejahteraan rakyat bukan suka-suka ya.. Kalau ambil mudah tentang arahan kerajaan, jadilah seperti negara luar tu..hampir setengah juta rakyat dia mati begitu sahaja. So, kita tak nak jadi seperti mereka okay..
Stay safe semua...
betul sgt. itu la sebaik2 nya. Kak Ayu pun ari tu dah booked dah hotel kat melaka, 1 week abis cuti sekolah lepas, bila tau isu covid ni, terus cancel. ingat raya ni nak balik Penang, pun nampak gaya mcm cancel gak. ujung tahun lepas Iris UPSR pun ingat jenjalan holiday mana2, almaklum la..lama x cuti cuti Malaysia..pun nampak gaya mcm cancel jugak. tunggu semua nya ok, redha baru la plan lain. Ni je la sumbangan kita, stay at home..ikut arahan kerajaan...kan?
ReplyDeletesamala terpaksa cancel holiday ke Jeju.. semoga ada hikmah disebaliknya
ReplyDeleteInsyaAllah pasti ada hikmah untuk apa yang berlaku..
ReplyDeletesemoga tahun depan malaysia kembali bersinar.. ^^
ReplyDeleteSama la akak..cancel trip Haatyai..kalau tak dh lepas pi dh last week
ReplyDelete