11 April, 2020

Beli telur berpapan-papan sebab panic buying

Beli telur berpapan-papan sebab panic buying | Sehari sebelum PM umumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat malaysia kebanyakkannya terus berasak-asak menuju ke pasaraya-pasaraya untuk membeli barangan panic buying. Antara barangnya adalah telur, beras, sardin tin, minyak dan lain-lain lagi. Pada hari pertama PKP nieyl masih sempat pergi ke pasaraya untuk beli sedikit barang dapur kebetulan memang habis. Apa yang mengejutkan nieyl, semua rak senarai barang panic buying KOSONG. Adoi.. keluar pasaraya dengan muka sedikit hampa lah tapi nak buat macam manakan, kena pergi kedai lain la.


Salah satu barang panic buying adalah telur. Ya,rasanya sepanjang tempoh PKP ni setiap rumah pastinya akan ada stok telur kan. Rumah nieyl sendiri pun memang akan beli telur 2 minggu sekali sejak azali lagi sebab sepapan memang untuk makan 2 minggu. Dan telur jangan disimpan lama-lama sebab dia mudah rosak, sebolehnya habiskan dalam masa 3 minggu okay. 

Ok apa yang sering perhatikan, ada segelintir kita suka beli telur berpapan-papan sejak PKP ni. Ya faham kalau korang panik tapi rasanya beli untuk 2 minggu pun dah cukup, dah habis keluar beli lagi. PKP ini bukan kata kita tak boleh keluar langsung. Nampak kejam sangat tu kan. Korang boleh keluar untuk membeli barang keperluan rumah apabila perlu. Dan kerajaan juga telah memberi jaminan barang-barang makanan insya'Allah tak akan putus, ianya mencukupi..So dont worry okay. Berbelanjalah dengan berhemah tanpa pembaziran. 



7 comments:

  1. Cik nor bli sepapan xhabis pun lg.. Bla awal2 pengumuman pkp dulu😁

    ReplyDelete
  2. Apa la menu dia masak dengan telur sebanyak itu ya

    ReplyDelete
  3. haha keje makan telur la kalo beli banyak2 tu..
    kite suka gak telur tapi kalo berpapan2 tu uuurmm ruummmm...

    ReplyDelete
  4. Macam2 boleh digayakan dengan telur ni.

    ReplyDelete
  5. Rumah SS pun mesti ada sepapan telur. sama laa. stok utk 2 minggu. kalau berjimat, boleh jadi sebulan je utk sepapan. Hati2 makan telur hari2 musim PKP ni, lepas ni kena pi check kolestrol laa namapknya... kuning telur tu kolestrol tinggi. huhuhu....

    ReplyDelete
  6. Kat rumah akak ni walau 6 orang je..telur memang kena beli lebih..sepapan tu epat betul habis..adik akak beli 3 papan terus.ni banyak plak lagi...kalau tak memang cepat habis

    ReplyDelete
  7. Samalah dengan Sha.. Selalunya sepapan tu memang tahan 2 minggu.. Habis, baru beli lagi.. Cuma sejak PKP ini tak sampai 2 minggu dah habis.. hehehe.. Telur bukannya tahan lama kalau beli banyak-banyak pun.. Tak faham perangai yang suka panic buying nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)