13 April, 2020

Resepi Taugeh Tumis Bersama Daun Kucai

Resepi Taugeh Tumis Bersama Daun Kucai | Sepanjang tempoh PKP ni rata-rata kalau buka laman media sosial terutamanya facebook ramai rakan-rakan yang hampir setiap hari post gambar menu masakan. Semua orang tunjukkan skill ke dapur, yela yang mana sebelum ni sibuk bekerja di pejabat tu balik dari pejabat terus masak tak ada masa nak snap-snap dan post gambar masakan dalam media sosial. Waktu PKP inilah waktunya nak tunjukkan skill memasak tu. 

Nieyl memang suka kalau ada yang rajin post menu masakan yang dieorang masak di media sosial, sebab kadang-kadang bila tiba waktu kebuntuan nak masak apa, terpandang post menu masakan dieorang tu, memberi idea untuk menu masakan di rumah. So, nieyl pula share resepi cara nieyl dalam blog..


Bahan-Bahan
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Cili besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Ikan bilis
  • Sos tiram
  • Garam
  • Sedikit air
Cara-caranya
  1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
  3. Tumis sehingga naik bau
  4. Masukkan taugeh dan daun kucai, kacau
  5. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
  6. Masukkan sedikit air dan last sekali masukkan cili besar
  7. kacau sekejap dan angkat untuk dihidang
Ok selamat mencuba 


9 comments:

  1. Masak ni pun sedap kan...kalau letak udang kertas yang kecik2 tu pun sedap gak....musim PKP ni daj=h buntu dah x tau nak masak apa

    ReplyDelete
  2. kena sgt..gabungan taugeh & kucai. kak ayu pun suka. letak tahu pun best gak

    ReplyDelete
  3. haiyaaa musim2 ni ramai ye suka share resepi.. Penangan PKP sungguh

    ReplyDelete
  4. Menu yang simple .selalu buat masakan,macam ni .

    ReplyDelete
  5. uiiiiiiiiiiiiii.. senangnya !! lepas tu goreng ikan, makan dengan nasi panas.. dah.. sekian.. kakak lapar dan perut berbunyi..

    ReplyDelete
  6. Hari ni pn is3 punmasak ni
    Tapi ada tempe dan tahu.

    ReplyDelete
  7. kak ana suka ratah Nieyl kalau masak macam ni :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. Kalau Sha suka pakai taugeh yang besar-besar tu dan tambah tahu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)