09 April, 2020

Resepi Dalgona Coffee Viral

Resepi Dalgona Coffee Viral | Dah hampir nak tamat PKP kedua, tak pasti lagi selepas 14 April ini akan tamat atau akan disambung, sama-sama kita menanti dengan penuh kesabaran. Jangan mula stress dengan PKP ini, pandang ia pada sudut yang positif barulah kita dapat pandangan yang positif tentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dah-dah daripada korang heboh sangat boring, bosan duduk rumah tu nak keluar pun tak boleh. Apa kata korang cuba resepi dalgona coffee yang viral tu, lagi bagus, boleh hidangkan untuk minum petang..yummmy


Resepi Dalgona Coffee
  • 2 Sudu kecil serbuk nescafe
  • 2 Sudu kecil  gula
  • 4 sudu kecil air panas
  • Susu segar
  • Ais
Cara-caranya
  1. Campurkan nescafe, gula, air panas dalam 1 bekas, putar guna mixer hingga pekat dan kilat
  2. Ambil gelas, masukkan air dan susu segar 
  3. Masukkan bahan yang di mixer tu ke dalam gelas yang berisi air dan susu
  4. Kalau nak minum tu, kacau lah dulu baru sedappp

p/s: korang boleh gantikan nescafe dengan kopi ataupun milo

Selamat mencuba...


5 comments:

  1. Yeah3x... Dalgona Coffee ni memang terbaik dan sedap. LeYa dah buat 3 kali dah sepanjang pkp ni.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe sebab x minat kuppi dan x minom susu jadi x join buat Dalgona ni..
    tapi suka tengok foam tuuu gebuu..

    ReplyDelete
  3. Nasib baik akak x leh minum...hehehe...kalau tak..sure erjebak jugak ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)