13 April, 2020

Bosan Sepanjang PKP

Bosan Sepanjang PKP | Assalamualaikum..sebelum tu nieyl nak ucapkan terima kasih kepada korang yang masih lagi aktif singgah blog nieyl walaupun tempoh PKP ni. Maaf ya ada yang nieyl tak sempat lagi membuat kunjung balas lagi, jangan kecil hati ya, insya'Allah nieyl akan curi masa untuk datang ke blog korang nanti.

Sepanjang PKP ni nieyl adalah terbaca dalam facebook, ada juga yang merungut kebosanan duduk di rumah, tak boleh keluar seperti biasa. Mestilah siapa yang tak bosan kalau hanya duduk dirumah tanpa buat apa-apa kan. Faham, tapi kalau kita fikirkan secara positif kita tak akan rasa bosan pun sebenarnya. Nak tahu kenapa?


  1. Cuba kita fikirkan kali terakhir kita solat awal selepas azan?
  2. Berapa jam kita luangkan masa bersama ibu, ayah, suami, isteri, anak, adik beradik dalam sehari sebelum PKP?
  3. Al - quran berapa jam kita dapat baca dalam sehari sebelum PKP?mungkin 1 jam, mungkin kurang ataupun jarang..
Tiga perkara di atas ni selalu yang bermain di fikiran nieyl. Pada nieyl, kita manusia di muka bumi Allah ini patut bersyukur kerana Allah berikan banyak masa untuk kita bertaubat, memperbaiki setiap kelemahan yang selama ini kita rasa kita kekurangan termasuklah masa bersama keluarga tercinta. Terlalu banyak sebenarnya perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan bersama. 

Yang mana bujang tu dan tak dapat pulang ke kampung , itu juga mungkin salah satu dugaan yang Allah nak berikan pada kita. Allah akan lihat bagaimana kita hargai setiap masa yang diberikan pada kita. Adakah kita akan berterusan lalai ataupun lebih dekat dengan-NYA. Lakukanlah apa sahaja aktiviti yang lebih baik dari tidur sepanjang hari dan merungut BOSAN..BOSAN..BOSAN okay..

Ini hanya pendapat peribadi sahaja, mungkin korang apa pendapat korang sendiri yang mungkin orang boleh share juga..komen dekat bawah okay..


5 comments:

  1. Sejak pkp,ramai yang menjadi lebih kreatif.Mungkin kita bole gunakan kreativiti kita untuk sesuatu yang baru dan mengisi masa lapang kita :D

    ReplyDelete
  2. sgt betul & setuju. Bila fikir2 balik, ada byk hikmahnya PKP ni...

    ReplyDelete
  3. Ikutkan memang bosan, otak pun dah tepu..mood pun swing...akak plak WFH, nasib weekend semua tak kacau...

    ReplyDelete
  4. kena bersedia mengahadapi The New Normal

    ReplyDelete
  5. sebenarnya banyak je yang boleh dibuat waktu PKP ini.. nak dengan tak nak je, kan Nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)