Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts
Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts

14 October, 2020

PKPB bermula hari ini

by on October 14, 2020



Assalamualaikum
Hari ini dah bermula PKPB dikawasan Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan..
Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk mengelakkan penyebaran virus Covid 19 
terus berleluasa tetapi kita sebagai rakyat juga perlu memainkan perasaan kita juga..
Untuk perangi covid 19 ini kita perlu bersatu dengan kerajaan..
Jaga kesihatan, jaga keselamatan ahli keluarga kita..
Keluarlah apabila perlu sahaja..
Kalau kita tak jaga diri kita dan keluarga kita,
siapa lagi betul tak...

Nieyl tinggal di selangor dan bekerja di putrajaya..
Jadi, kerja seperti biasa cuma di hadkan masa bekerja..
Untuk mengelakkan kita berkumpul ramai di pejabat dalam jangka masa yang lama..

Nieyl doakan semoga usaha kita dan kerajaan membentung virus ini akan terus memberi kesan yang positif, dan minta kita dijauhi segala penyakit merbahaya ini...

PKPB SELANGOR, KL, PUTRAJAYA
Bermula 14 - 27 oktober 2020



 

13 April, 2020

Bosan Sepanjang PKP

by on April 13, 2020
Bosan Sepanjang PKP | Assalamualaikum..sebelum tu nieyl nak ucapkan terima kasih kepada korang yang masih lagi aktif singgah blog nieyl walaupun tempoh PKP ni. Maaf ya ada yang nieyl tak sempat lagi membuat kunjung balas lagi, jangan kecil hati ya, insya'Allah nieyl akan curi masa untuk datang ke blog korang nanti.

Sepanjang PKP ni nieyl adalah terbaca dalam facebook, ada juga yang merungut kebosanan duduk di rumah, tak boleh keluar seperti biasa. Mestilah siapa yang tak bosan kalau hanya duduk dirumah tanpa buat apa-apa kan. Faham, tapi kalau kita fikirkan secara positif kita tak akan rasa bosan pun sebenarnya. Nak tahu kenapa?


  1. Cuba kita fikirkan kali terakhir kita solat awal selepas azan?
  2. Berapa jam kita luangkan masa bersama ibu, ayah, suami, isteri, anak, adik beradik dalam sehari sebelum PKP?
  3. Al - quran berapa jam kita dapat baca dalam sehari sebelum PKP?mungkin 1 jam, mungkin kurang ataupun jarang..
Tiga perkara di atas ni selalu yang bermain di fikiran nieyl. Pada nieyl, kita manusia di muka bumi Allah ini patut bersyukur kerana Allah berikan banyak masa untuk kita bertaubat, memperbaiki setiap kelemahan yang selama ini kita rasa kita kekurangan termasuklah masa bersama keluarga tercinta. Terlalu banyak sebenarnya perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan bersama. 

Yang mana bujang tu dan tak dapat pulang ke kampung , itu juga mungkin salah satu dugaan yang Allah nak berikan pada kita. Allah akan lihat bagaimana kita hargai setiap masa yang diberikan pada kita. Adakah kita akan berterusan lalai ataupun lebih dekat dengan-NYA. Lakukanlah apa sahaja aktiviti yang lebih baik dari tidur sepanjang hari dan merungut BOSAN..BOSAN..BOSAN okay..

Ini hanya pendapat peribadi sahaja, mungkin korang apa pendapat korang sendiri yang mungkin orang boleh share juga..komen dekat bawah okay..


05 April, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 bermula pada 1 hingga 14 April 2020.

by on April 05, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 bermula pada 1 hingga 14 April 2020 | Untuk fasa pertama Alhamdulillah berjaya nieyl mengurungkan diri di rumah, kini berada di fasa kedua, moga tiada fasa ke 3. Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah langkah yang terbaik untuk menjamin tahap kesihatan setiap rakyat malaysia. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan arahan seperti ini sekiranya keadaan tidak memaksa. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia please jangan selfish sebab ia melibatkan nyawa keluarga serta orang lain. 

Stay at home, keluar bila perlu sahaja itupun perlu dipastikan kita mengikut setiap langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang disarankan oleh KKM.


#stayathome
#kitajagkita
#staysafe