18 April, 2020

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit | Bila pergi pasar beli barang basah pastinya ayam tidak akan terkecuali dari senaraikan. Sama juga dengan nieyl, memang dalam freeze tak pernah tak ada ayam. Ayam ni kita boleh masak dia beraneka masakan kadang-kadang kalau rasa tak tahu nak masak apa tu goreng je pun sedap makan dengan nasi panas bersama kicap.

Hari ni nieyl nak share resepi ayam goreng kunyit cara nieyl. Nieyl tak suka kalau ayam goreng kunyit tu sekadar ayam je, nieyl suka letak sayur dan bahan-bahan lain bagi warna cantik dan sedap. eh..sedap ke..hehehe..kalau korang masak sendiri pun mesti sedap juga kan.


Bahan - bahan
  • Ayam dipotong kecil (digoreng)
  • Ubi kentang (dipotong dan digoreng)
  • Kacang panjang (digoreng setengah masak)
  • Karot (dipotong nipis)
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api (dihiris)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Masukkan ayam, ubi kentang , karot, kacang panjang dan cili api
  3. Gaul dan masukkan garam secukup rasa
  4. Dan option boleh letak serbuk pati ayam sikit 
  5. Gaul rata dan hidangkan..

Selamat mencuba


5 comments:

  1. Saya setuju sangat kalau dah tak ada idea nak apakan ayam, goreng begitu saja pun sodap!

    ReplyDelete
  2. Ni antara lauk wajib masa bulan puasa. Mudah, sedap dan cepat nk sediakan.

    ReplyDelete
  3. tentulah sedap
    tapi wak kalau makan ayam suka cari tulang2.
    Isi tak suka.

    ReplyDelete
  4. masakan yang simple tapi sedap!!

    ReplyDelete
  5. kat rumah ni x makan dry meat sangat semua nak drumstick la juicy parts..
    so kalo beli mmg dry meat kena masak cemni kasi masin2 sket baru laju makan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)